Infinix GT 30 Pro kini hadir ke pasaran Malaysia secara rasmi, telefon pintar gaming generasi ketiga dalam siri GT yang direka khas untuk pemain mudah alih. Model ini merupakan telefon rasmi untuk kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim 16.
GT 30 Pro tampil dengan skrin AMOLED 144Hz beresolusi 1.5K, cip MediaTek Dimensity 8350, bateri 5500mAh dengan pengecasan pantas berwayar 45W dan tanpa wayar 30W, serta sistem penyejukan berasaskan teknologi 3D Vapor Cloud Chamber.
Ia juga dilengkapi kamera utama 108MP dan ciri AI untuk suntingan kandungan seperti pemadam objek dan suntingan foto pantas.
Salah satu daya tarikan utama ialah GT Trigger, iaitu butang sentuh kapasitif terbina pada sisi peranti untuk kawalan pantas semasa bermain. Ia menyokong kawalan empat hingga enam jari dan boleh digunakan untuk pelbagai fungsi dalam permainan seperti menembak, mengaktifkan kemahiran atau melancarkan aplikasi secara terus.
Bagi mereka yang inginkan pakej penuh, Infinix menawarkan edisi khas Gaming Master Edition yang didatangkan bersama MagCharge Cooler dan MagCase.
Gabungan ini membantu menyejukkan peranti dan membolehkan pengecasan tanpa wayar ketika bermain, selain meningkatkan keselesaan dan prestasi jangka panjang.
GT 30 Pro menyokong kadar bingkai tinggi sehingga 120FPS untuk permainan seperti Mobile Legends. Ciri-ciri seperti XBOOST AI, XArena Game Space, Magic Voice Changer dan sistem pencahayaan RGB menjadikannya lebih menarik untuk pemain tegar dan kasual.
Peranti ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu Dark Flare, Shadow Ash dan Blade White.
Harga jualan bermula dari RM1,299 untuk varian 12GB RAM dan 256GB storan. Varian 12GB RAM dan 512GB storan yang eksklusif untuk warna Dark Flare dijual pada harga RM1,499. Setiap pembelian akan menerima MagCharge Cooler dan MagCase secara percuma selagi stok masih ada.
Turut dilancarkan bersama ialah tablet XPAD GT yang dikuasakan cip Snapdragon 888. Ia hadir dengan skrin 144Hz, bateri 10,000mAh, sistem penyejukan VC dan sokongan papan kekunci serta stylus.
XPAD GT dijual pada harga RM1,699 dan disertakan papan kekunci magnetik serta stylus bernilai RM599 secara percuma.
GT 30 Pro dan XPAD GT boleh didapati bermula hari ini (21 Mei 2025) melalui Infinix Official Store di Lazada, Shopee, TikTok Shop dan pengedar sah Infinix di seluruh negara.
{suggest}