Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TSMC Dilapor Henti Sementara Pengeluaran Cip Untuk Syarikat Pemula China

TSMC Dilapor Henti Sementara Pengeluaran Cip Untuk Syarikat Pemula China

Diterbitkan Oktober 23, 2022 oleh Amalina Athman

Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC) kini dilapor telah menggantung pengeluaran cip untuk syarikat pemula China Biren Technology, bagi memastikan pematuhan dengan peraturan Amerika Syarikat (AS). 

Menurut Bloomberg, keputusan itu dikaitkan dengan maklumat yang mengatakan produk Biren mengatasi cip A100 Nvidia Corp, yang kini diharamkan untuk pasaran China. Walaupun TSMC belum mencapai kesimpulan sama ada produk Biren memenuhi ambang AS untuk sekatan, pembuat cip Taiwan itu telah memutuskan untuk menghentikan bekalan kepada syarikat pemula China, buat masa ini.

Berkaitan

  • Apple Didakwa 'Bermain Dengan Api' Jika Ingin Gunakan Cip Dari Syarikat China Ini
  • Apple Dilapor Tangguh Rancangan Beli Cip Memori Daripada YMTC

Terdahulu, Biren yang merupakan salah satu pereka semikonduktor di China telah menyatakan cip kecerdasan buatannya yang dihasilkan oleh TSMC tidak terkait dengan kawalan eksport AS kerana spesifikasi produknya tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk sekatan itu. Seorang wakil TSMC juga berkata syarikat itu mematuhi semua peraturan yang berkaitan.

Biren dianggap sebagai pesaing domestik untuk bersaing dengan cip grafik daripada Nvidia, yang kini terpaksa menghentikan penjualan cip AI ke China berikutan kawalan eksport AS. Langkah kawalan eksport AS ini dipercayai adalah untuk mengehadkan pembangunan teknologi China yang mungkin digunakan untuk tujuan ketenteraan dan sebagainya.

Gambar utama: Financial Times

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY