Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TSMC featured image_TWSJ

TSMC Akan Dikenakan Cukai Tinggi Jika Gagal Bangunkan Kilang Di AS – Trump

Diterbitkan April 9, 2025 · Dikemas kini April 9, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah memberitahu Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) bahawa syarikat itu akan dikenakan cukai sehingga 100% sekiranya tidak membina kilangnya di negara tersebut seperti yang dijanjikan.

Trump turut mengkritik pentadbiran bekas Presiden Joe Biden kerana memberikan geran berjumlah $6.6 bilion kepada anak syarikat TSMC di AS untuk pengeluaran semikonduktor di Phoenix, Arizona, sambil menyatakan bahawa syarikat semikonduktor tidak memerlukan wang tersebut.

TSMC, saya tidak beri mereka sebarang wang… yang saya lakukan hanyalah berkata, jika anda tidak membina kilang di sini, anda akan dikenakan cukai yang tinggi.

Pada Mac, TSMC mengumumkan perancangan untuk melabur sebanyak $100 bilion di AS, termasuk membina lima kemudahan cip dalam beberapa tahun akan datang.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Intel, TSMC Dilapor Capai Perjanjian Awal Untuk Pembuatan Cip
  • Ini Anggaran Harga iPhone 16 Pro Di Malaysia Selepas Tarif Trump
  • Bagi Elak Kenaikan Harga, Apple Dilaporkan Terbangkan iPhone Ke AS Dalam 5 Pesawat

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY