Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TSMC featured image_TWSJ

Intel, TSMC Dilapor Capai Perjanjian Awal Untuk Pembuatan Cip

Diterbitkan April 4, 2025 ยท Dikemas kini April 4, 2025 oleh Amalina Athman

Intel dan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) telah mencapai perjanjian awal untuk membentuk usaha sama bagi mengendalikan kemudahan pembuatan cip Intel, menurut laporan The Information.

Pentadbiran Trump dikatakan telah memulakan perbincangan antara kedua-dua gergasi semikonduktor tersebut dalam usaha untuk ‘menghidupkan semula’ Intel, yang berdepan dengan cabaran dalam pembuatan cip sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

TSMC dijangka akan memegang 20% saham dalam syarikat baru tersebut, menurut The Information.

Presiden AS, Donald Trump, sebelum ini pernah mendakwa Taiwan “mencuri” industri cip AS dan telah berusaha untuk membawa semula pembuatan cip canggih ke negara itu.

Pelan ini selaras dengan pengumuman terkini TSMC bahawa mereka akan melabur sekurang-kurangnya $100 bilion di Amerika Syarikat untuk membina kemudahan pembuatan cip terkini.

Dalam pada itu, The Information melaporkan bahawa walaupun terdapat perjanjian awal, usaha sama yang dicadangkan menghadapi tentangan daripada beberapa eksekutif Intel yang bimbang sekiranya perjanjian ini boleh mengganggu pembangunan teknologi pembuatan cip Intel sendiri dan menyebabkan pemecatan pekerja secara meluas.

Terdapat juga persoalan mengenai bagaimana kedua-dua syarikat akan mengintegrasikan operasi, memandangkan mereka menggunakan model peralatan dan bahan pengeluaran yang berbeza.

Buat masa ini, kedua-dua syarikat belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi untuk mengesahkan perkara tersebut.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Intel Lancar Kad Grafik Arc B580 Dan B570
  • Malaysia Labur Lebih RM1 Bilion Untuk Akses Teknologi Cip ARM
  • China Berjaya Cipta Teknologi Cip Berasaskan Bismut, Lagi Laju Daripada Cip Silikon

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY