Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 6 Bulan Pelancaran, Siri iPhone 16 Akan Tersedia Di Indonesia Mulai 11 April

Bagi Elak Kenaikan Harga, Apple Dilaporkan Terbangkan iPhone Ke AS Dalam 5 Pesawat

Diterbitkan April 9, 2025 ยท Dikemas kini April 9, 2025 oleh ariff bukhari

Apple dilaporkan telah menghantar lima pesawat kargo yang membawa iPhone dan produk lain dari India dan China ke Amerika Syarikat pada akhir Mac lepas.

Tujuan penghantaran produk mereka dengan menggunakan 5 pesawat yang berbeza adalah sebagai langkah untuk mengelak daripada membayar tarif 10% yang dikenakan oleh Presiden Trump bermula 5 April, lapor The Times of India.

Penghantaran kecemasan ini berlaku dalam tempoh tiga hari pada minggu terakhir Mac, membolehkan Apple mempunyai bekalan beberapa bulan untuk stok mereka di AS.

Ini sekali gus membantu Apple mengelakkan kenaikan harga serta-merta akibat tarif baharu tersebut.

Mulai 9 April, produk dari China, Vietnam dan India akan dikenakan tarif sebanyak 54%, 46% dan 26%.

Kos iPhone dijangka meningkat kepada $2,300 berbanding harga semasa maksimum iPhone 16 Pro Max iaitu $1,599 di AS.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Galaxy Ring Kini Tersedia Di Malaysia, Berharga RM2,099
  • Trump Yakin Apple Boleh Pindahkan Pembuatan iPhone Ke AS

Sumber:PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY