Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
President Trump Hosts German Chancellor Merz At The White House

Trump Umum Tarif 25% Ke Atas Malaysia, Negara Lain Hingga 40%

Diterbitkan Julai 8, 2025 · Dikemas kini Julai 8, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, kini mengumumkan tarif  yang lebih tinggi terhadap Malaysia dan beberapa negara lain sebagai langkah untuk memulakan rundingan perdagangan baharu.

Menerusi kenyataan rasmi di platform Truth Social, Trump memaklumkan bahawa tarif baharu sebanyak 25% akan dikenakan ke atas semua barangan dari Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

tarif balas trump Malaysia 25%_1
tarif balas trump Malaysia 25%_2

Jepun, Korea Selatan, Tunisia dan Kazakhstan turut dikenakan tarif pada kadar yang sama. Sementara beberapa negara lain pula menerima kadar lebih tinggi, termasuk Afrika Selatan (30%), Indonesia (32%), Bangladesh (35%), Serbia (35%), Kemboja (36%), Thailand (36%), Laos (40%) dan Myanmar (40%).

Dalam pada itu, Trump turut memberi amaran sekiranya Malaysia atau mana-mana negara terlibat bertindak balas dengan menaikkan tarif, berapa pun jumlah kenaikan itu akan ditambah terus ke atas kadar tarif baharu yang telah dikenakan oleh AS.

Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa tiada tarif akan dikenakan sekiranya Malaysia, atau syarikat-syarikat dari Malaysia, memilih untuk membina atau mengeluarkan produk secara terus di AS.

Presiden AS itu turut memberi jaminan bahawa segala proses kelulusan akan dipercepatkan dan dilaksanakan secara profesional, dengan sasaran untuk diselesaikan dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

Berkaitan

  • Tarif Timbal Balik Trump Mula Berkuat Kuasa, Barangan China Dikenakan 104%
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • AS Buat 'U-Turn', Trump Batalkan Sekatan Cip AI Era Biden
  • Trump Ugut Kenakan Tarif 25% Ke Atas iPhone, Samsung Dan Telefon Import Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY