Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
President Trump Holds “Make America Wealthy Again Event” In White House Rose Garden

Tarif Timbal Balik Trump Mula Berkuat Kuasa, Barangan China Dikenakan 104%

Diterbitkan April 9, 2025 oleh Amalina Athman

Tarif timbal balik yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, terhadap puluhan ekonomi mula berkuat kuasa pada Rabu, termasuk lebih 100% cukai ke atas barangan dari China.

Susulan pelaksanaan tarif asas sebanyak 10% yang mula berkuat kuasa hujung minggu lalu, kadar tarif barangan dari negara pengeksport seperti Malaysia, Eropah, Taiwan dan lain-lain meningkat lagi tepat jam 12.01 tengah malam EST (12.01 tengah hari MYT).

China, pesaing ekonomi utama yang juga rakan dagangan penting AS, menjadi negara yang paling terkesan.

Pada asalnya, Trump mengumumkan tarif tambahan sebanyak 34% ke atas barangan dari China. Selepas China membalas dengan tarif yang sama ke atas produk AS, Trump menambah lagi tarif sebanyak 50%.

Jika diambil kira cukai sedia ada yang telah dikenakan pada Februari dan Mac, jumlah keseluruhan kenaikan tarif ke atas barangan China sepanjang penggal kedua Trump sebagai presiden kini mencecah 104%.

Walau bagaimanapun, kerajaan China dilaporkan tidak menunjukkan sebarang tanda akan mengalah, sebaliknya berikrar untuk meneruskan perang perdagangan “hingga ke penghujung” dan berjanji akan mengambil langkah balas bagi mempertahankan kepentingannya.

Dalam perkembangan lain, Trump pada Selasa berkata pemerintahannya sedang merangka “perjanjian khas”  bersama rakan dagang, dengan White House menyatakan bahawa mereka akan memberi keutamaan kepada sekutu seperti Jepun dan Korea Selatan.

Ketua pegawai perdagangannya, Jamieson Greer, turut memaklumkan kepada Senat bahawa Argentina dan Vietnam merupakan antara negara yang telah menawarkan untuk mengurangkan tarif mereka.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • 'Tarif Balas' Trump Berpotensi Jejas Strategi Apple Pelbagaikan Rantaian Bekalan
  • Ini Anggaran Harga iPhone 16 Pro Di Malaysia Selepas Tarif Trump
  • Trump Yakin Apple Boleh Pindahkan Pembuatan iPhone Ke AS

Sumber: AFP

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY