Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_wisermy 2

Trump Ugut Kenakan Tarif 25% Ke Atas iPhone, Samsung Dan Telefon Import Lain

Diterbitkan Mei 26, 2025 · Dikemas kini Mei 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengancam akan mengenakan tarif 25% ke atas Apple dan semua pengeluar telefon pintar jika peranti mereka tidak dihasilkan di dalam negara.

Trump mulanya menyasarkan Apple secara khusus, tetapi kemudian meluaskan ancaman itu kepada syarikat lain seperti Samsung, atas alasan keadilan dasar perdagangan. Beliau menetapkan tarikh pelaksanaan tarif seawal “akhir Jun 2025″.

Walaupun Apple telah mengalihkan sebahagian pengeluaran ke India, Trump tetap menegaskan bahawa semua iPhone yang dijual di AS mesti dibuat di AS. Dalam hantaran di Truth Social, beliau berkata telah lama memaklumkan kepada Tim Cook (CEO Apple) tentang perkara ini.

Firma seperti Samsung, Google, Xiaomi dan Motorola juga berisiko, kerana majoriti telefon pintar mereka masih dihasilkan di China, India atau Vietnam.

Penganalisis industri menyifatkan tuntutan Trump sebagai tidak realistik dan sukar dilaksanakan tanpa mengubah struktur operasi global Apple.

Firma Wedbush Securities menganggarkan bahawa 90% pengeluaran iPhone masih berpangkalan di China, dan memindahkannya ke AS memerlukan masa bertahun dan kos tinggi.

Apple menjangkakan tarif sedia ada boleh menyebabkan mereka menanggung kerugian hingga AS$900 juta dalam suku ini. Saham syarikat itu juga telah jatuh lebih 20% sejak awal 2025.

Jika tarif dilaksanakan, harga telefon pintar (terutama iPhone) dijangka meningkat, memberi tekanan kepada pengguna pertengahan yang kini sudah berdepan kos sara hidup yang tinggi.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • AS Buat 'U-Turn', Trump Batalkan Sekatan Cip AI Era Biden
  • Trump Minta Apple Henti Rancangan Bina Kilang Di India
  • Apple Maps Kini Sokong Arah Laluan Transit Di Malaysia, Lengkap Dengan ETA

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY