Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Trump cabinet meeting

Trump Ugut Tarif Tambahan Untuk Negara Yang Kenakan Cukai Digital, Sasarkan Teknologi AS

Diterbitkan Ogos 26, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan serta sekatan eksport terhadap negara yang menurutnya menyasarkan syarikat teknologi AS.

“Sebagai Presiden Amerika Syarikat, saya akan bertegas terhadap negara-negara yang menyerang syarikat teknologi hebat milik Amerika. Cukai digital, undang-undang perkhidmatan digital, dan peraturan pasaran digital semuanya direka untuk menjejaskan atau mendiskriminasi teknologi Amerika,” tulis beliau di platform Truth Social.

Kenyataan itu dilihat menyasarkan negara-negara Eropah dan beberapa pihak lain yang memperkenalkan undang-undang untuk mengawal selia dunia dalam talian.

Trump digital

Sebagai contoh, Kesatuan Eropah sudah pun melaksanakan peraturan seperti Akta Pasaran Digital (DMA) dan Akta Perkhidmatan Digital (DSA) yang melibatkan isu persaingan serta kawalan kandungan. Di United Kingdom pula, kerajaan mengenakan cukai khas terhadap syarikat digital.

Trump menegaskan, selagi tindakan yang dianggap “diskriminasi” itu tidak dihentikan, Washington akan mengenakan tarif baharu ke atas produk negara terlibat serta mengehadkan eksport teknologi dan cip buatan AS.

Sebelum ini pada Jun, Trump membatalkan rundingan perdagangan dengan Kanada sebagai tindak balas terhadap rancangan Ottawa mengenakan cukai perkhidmatan digital yang memberi kesan kepada gergasi teknologi AS seperti Alphabet, Amazon dan Meta. Tidak lama selepas itu, Kanada mengumumkan akan menarik balik cukai tersebut.

Sejak kembali ke kerusi presiden pada Januari lalu, Trump telah mengenakan tarif ke atas pelbagai negara, sama ada sekutu mahupun pesaing, dengan kadar yang berbeza mengikut produk.

Trump sering menggunakan tarif sebagai alat untuk menekan atau mencapai sesuatu matlamat. Minggu ini, tarif berganda ke atas produk India dijadual berkuat kuasa, sebagai tindak balas terhadap keputusan New Delhi membeli minyak Rusia.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Trump Umum Pelarasan Tarif, Kadar Malaysia Turun Kepada 19%
  • Trump Mahu Kenakan Tarif Semikonduktor Sehingga 100%, Tapi Boleh Dikecualikan
  • LHDN Lancar e-Derma - Permohonan Pengecualian Cukai Secara Dalam Talian

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY