Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data LHDN

LHDN Lancar e-Derma – Permohonan Pengecualian Cukai Secara Dalam Talian

Diterbitkan Ogos 20, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 20, 2025 oleh Amalina Athman

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kini memperkenalkan sistem perkhidmatan dalam talian baharu, e-Derma, bagi memudahkan urusan permohonan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Menurut kenyataan LHDN, e-Derma membolehkan Institusi atau Organisasi (IO) mengemukakan permohonan serta menyemak status kelulusan secara dalam talian.

e-Derma kini boleh diakses oleh Institusi atau Organisasi (IO) menerusi portal MyTax mulai 20 Ogos 2025.

Sistem ini boleh diakses melalui portal MyTax, kemudian klik menu Daftar Masuk > Peranan Pengarah Syarikat/Pentadbir Organisasi > Institusi atau Organisasi > Perkhidmatan ezHasil > e-Derma.

Sebagai langkah penambahbaikan, LHDN memaklumkan sistem ini akan diperluaskan kepada kategori Tabung untuk fasa seterusnya.

Buat masa ini, permohonan bagi kategori Tabung masih menggunakan prosedur sedia ada, iaitu melalui permohonan secara bertulis (manual) kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN).

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Bermula 1 Januari 2024, Penggunaan e-Perkhidmatan Diwajibkan Oleh LHDN
  • LHDN Tidak Pernah Hantar Pautan Status Bayaran Balik Guna Portal MyTax
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY