Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tarif balas trump Malaysia 25%

Trump Umum Pelarasan Tarif, Kadar Malaysia Turun Kepada 19%

Diterbitkan Ogos 1, 2025 · Dikemas kini Ogos 1, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kini mengumumkan pusingan terbaru pelarasan semula tarif balas ke atas lebih 70 negara, yang akan berkuat kuasa mulai 7 Ogos 2025.

Dalam senarai penuh yang diterbitkan oleh Rumah Putih, Malaysia kini dikenakan tarif balas sebanyak 19% untuk barangan yang dieksport ke Amerika Syarikat. Kadar ini merupakan penurunan daripada tarif balas sekitar 24%–25% yang diumumkan sebelum ini.

Beberapa negara jiran turut menerima kadar tarif yang hampir serupa. Indonesia, Kemboja, Thailand dan Filipina masing-masing dikenakan tarif sebanyak 19%, manakala Vietnam pada kadar 20%.

Tiga negara Asia Tenggara lain yang mencatat kadar tertinggi ialah Brunei (25%), serta Laos dan Myanmar dengan masing-masing 40%.

Sebaliknya, Singapura tidak tersenarai dalam senarai tarif terkini, dipercayai kerana hubungan perdagangan dua hala yang lebih seimbang.

Beberapa negara yang sebelum ini dikenakan tarif balas sebanyak 25% bersama Malaysia turut menerima kadar baharu, dengan Jepun dan Korea Selatan diturunkan kepada 15%, manakala Tunisia dan Kazakhstan kekal pada 25%.

Berkaitan

  • Counterpoint: Ketidaktentuan Tarif Jejas Pertumbuhan Apple Dan Samsung Pada 2025
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Trump Umum Tarif 25% Ke Atas Malaysia, Negara Lain Hingga 40%
  • Risiko Tarif, iPhone Buatan India Makin Meningkat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY