Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Trump Mahu Kenakan Tarif Semikonduktor Sehingga 100%, Tapi Boleh Dikecualikan

Trump Mahu Kenakan Tarif Semikonduktor Sehingga 100%, Tapi Boleh Dikecualikan

Diterbitkan Ogos 7, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 7, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengenakan tarif kira-kira 100% ke atas cip semikonduktor yang diimport, namun tidak menyatakan bila langkah tersebut akan dikuatkuasakan.

“Kami akan kenakan tarif yang sangat tinggi ke atas cip dan semikonduktor,” katanya kepada pemberita di Rumah Putih, sambil menambah bahawa kadarnya adalah “100%”.

Trump menjelaskan syarikat yang menjalankan pembuatan di AS atau telah komited untuk berbuat demikian, seperti Apple, akan dikecualikan daripada tarif tersebut.

Menurutnya, komitmen untuk melabur dalam sektor pembuatan di AS mungkin sudah memadai bagi mendapat pengecualian.

Namun, beliau memberi amaran agar syarikat tidak cuba menarik balik komitmen tersebut, atau jika tidak, tarif akan dikira semula dan dikenakan pada kemudian hari.

Buat masa ini, sukar untuk dipastikan syarikat mana yang akan terjejas dengan tarif baharu itu kelak, memandangkan kebanyakan pengeluar cip utama sudah pun mempunyai, sekurang-kurangnya, pelaburan kecil dalam pembuatan di AS.

Dalam perkembangan berkaitan, TSMC berkata syarikat itu akan dikecualikan daripada tarif 100%. Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) merupakan pembuat cip terbesar di dunia dan mempunyai pelanggan utama seperti Nvidia dan Apple.

Sebelum ini, Trump berkata tarif baharu ke atas semikonduktor dan cip akan diumumkan sekitar minggu depan.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Trump Umum Pelarasan Tarif, Kadar Malaysia Turun Kepada 19%
  • Trump Dijangka Umum Tarif Baharu Semikonduktor Seawal Minggu Depan
  • "Tiada Pintu Belakang, Tiada 'Kill Switch'," Nvidia Tolak Cadangan AS

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY