Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiktok dan Bumble Sedang Memerangi Unsur Lucah Tanpa Izin Daripada Tersebar

Trump Dilapor Sedia Lanjut Tarikh Akhir Penjualan TikTok Di AS Jika Perlu

Diterbitkan Mac 7, 2025 ยท Dikemas kini Mac 7, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau ‘mungkin’ akan melanjutkan tarikh akhir penjualan atau larangan TikTok di negara itu, sekiranya perjanjian tidak dicapai sebelum 5 April.

Trump pada Khamis memaklumkan bahawa terdapat banyak pihak yang berminat dengan TikTok dan menegaskan tempoh sedia ada masih mencukupi, sekali gus menolak keperluan untuk sebarang lanjutan.

Pada masa yang sama, Trump menyatakan kesediaannya untuk melanjutkan tarikh akhir jika diperlukan.

Jika saya memerlukan lanjutan, saya mungkin akan melanjutkannya. Terdapat banyak pihak yang berminat dengan TikTok dan China akan memainkan peranan. Jadi, diharapkan mereka akan meluluskan perjanjian ini, namun mereka pasti akan terlibat dalam proses ini.

Sebelum ini, undang-undang menetapkan tarikh akhir pada 19 Januari bagi syarikat induk dari China, ByteDance, untuk menjual aplikasi tersebut, menyebabkan perkhidmatan TikTok di AS terhenti buat sementara waktu.

Namun, selepas mengambil alih jawatan, Trump menandatangani perintah eksekutif yang memberikan penangguhan selama 75 hari.

Dengan kurang daripada sebulan sebelum tempoh operasinya di AS berakhir, laporan mendedahkan bahawa masih belum ada rundingan antara TikTok dan mana-mana bakal pembeli.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Trump Beri Tempoh Lanjutan 75 Hari Kepada TikTok
  • TikTok Tak Perlukan Play Store - Pengguna Android AS Kini Ada Alternatif Lain, Masih Selamat
  • TikTok Kembali Di Google Play Store, App Store AS Selepas Jaminan Trump

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY