Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok_featured image

Kurang 24 Jam Selepas Diharamkan, Servis TikTok Kembali Di AS

Diterbitkan Januari 20, 2025 ยท Dikemas kini Januari 20, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas kurang dari 24 jam diharamkan di AS, servis TikTok kembali ditawar di AS. TikTok mengumumkan bahawa ia sedang “memulihkan perkhidmatan” kepada pengguna AS setelah penutupan sementara.

TikTok mengucapkan terima kasih kepada bakal Presiden AS, Donald Trump di atas jaminannya bahawa mereka tidak akan dikenakan penalti kerana menyediakan TikTok kepada lebih 170 juta pengguna di AS.

TikTok juga menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan Trump bagi mencari penyelesaian jangka panjang.

“Dengan persetujuan penyedia perkhidmatan kami, TikTok sedang dalam proses memulihkan perkhidmatan,” kata TikTok dalam kenyataan.

Penutupan TikTok berlaku selepas keputusan Mahkamah Agung menyokong Akta Melindungi Aplikasi Terkawal oleh ‘Musuh Asing’, yang ditandatangani oleh Presiden Joe Biden pada April lepas.

Jurucakap White House menyatakan pentadbiran Biden menyokong TikTok kekal tersedia di AS tetapi di bawah pemilikan yang memenuhi keperluan keselamatan negara.

TikTok dapat memulihkan perkhidmatannya di AS selepas Presiden Pilihan Donald Trump menyatakan beliau akan mengembalikan akses aplikasi itu di AS apabila beliau kembali berkuasa pada hari Isnin ini di mana beliau akan mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu AS pada 20 Januari ini.

Walau bagaimanapun, beliau meletakkan syarat AS memiliki pegangan sebanyak 50% ke atas TikTok menerusi usaha sama tersebut.

Berkaitan

  • TikTok Berdepan Ancaman Sekatan Di AS, Pengguna Mula Beralih Ke 'Xiaohongshu'
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • 61% Rakyat Malaysia Cuba Berhenti Merokok Tapi Gagal - Kajian

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY