Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Salah Satu ‘Challenge’ Di TikTok Telah Dieksploitasi Untuk Memasang Perisian Hasad

Trump Beri Tempoh Lanjutan 75 Hari Kepada TikTok

Diterbitkan Januari 21, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah mengeluarkan perintah eksekutif untuk menangguhkan penguatkuasaan larangan terhadap aplikasi video pendek popular, TikTok, selama 75 hari.

Perintah itu, yang dikeluarkan pada hari pertama Trump memegang jawatan, mengarahkan peguam negara supaya tidak menguatkuasakan undang-undang bagi memberi peluang kepada pentadbirannya untuk menentukan tindakan yang sesuai berkaitan TikTok.

Ia juga mengarahkan Jabatan Kehakiman mengeluarkan surat kepada syarikat seperti Apple, Google Alphabet dan Oracle yang bekerjasama dengan TikTok, menyatakan bahawa,

..tidak ada pelanggaran undang-undang dan tiada liabiliti untuk sebarang kelakuan yang berlaku dalam tempoh yang dinyatakan di atas.

Perintah tersebut turut mengarahkan Jabatan Kehakiman untuk “tidak mengambil sebarang tindakan bagi menguatkuasakan Akta atau mengenakan sebarang penalti terhadap mana-mana entiti atas ketidakpatuhan terhadap Akta tersebut” dan menyatakan bahawa mereka harus dihalang daripada melakukannya “bagi sebarang tindakan yang berlaku dalam tempoh yang dinyatakan di atas atau dalam mana-mana tempoh sebelum pengeluaran perintah ini, termasuk tempoh dari 19 Januari 2025 hingga tarikh perintah ini ditandatangani.”

Terdahulu, perkhidmatan video pendek yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika telah dihentikan pada 19 Januari 2025, sebelum kembali ditawarkan dalam tempoh kurang 24 jam.

Berkaitan

  • TikTok Ada Potensi Kena 'Ban' Di Amerika Syarikat, Dituduh Kongsi Data Rakyat AS Dengan Kerajaan China
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • TikTok Berdepan Ancaman Sekatan Di AS, Pengguna Mula Beralih Ke 'Xiaohongshu'
  • Kurang 24 Jam Selepas Diharamkan, Servis TikTok Kembali Di AS

Sumber: Reuters, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY