Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia us curb

“Tiada Pintu Belakang, Tiada ‘Kill Switch’,” Nvidia Tolak Cadangan AS

Diterbitkan Ogos 6, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 6, 2025 oleh Amalina Athman

Nvidia menegaskan bahawa cip keluarannya “tidak mempunyai dan tidak sepatutnya mempunyai ‘kill switch’ atau pintu belakang,” sambil menyifatkan ia hanya akan mengundang risiko keselamatan dan menjadi “hadiah” kepada penggodam serta pihak bermusuh.

Kenyataan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Nvidia David Reber Jr. dikeluarkan ketika syarikat itu berdepan tekanan dari Amerika Syarikat dan China.

Rumah Putih dan kedua-dua dewan Kongres AS mencadangkan supaya cip GPU dilengkapi dengan ‘kill switch’ atau kawalan terbina yang boleh mematikan cip dari jauh tanpa pengetahuan dan kebenaran pengguna, bagi mengelakkan cip tersebut diseleweng ke negara yang dilarang di bawah undang-undang eksport AS.

Reber turut menyentuh dakwaan bahawa ciri sedemikian mungkin sudah wujud, merujuk kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa China terhadap cip H20 Nvidia. China mendakwa cip tersebut mungkin mengandungi ‘loophole’ dan pintu belakang.

Namun, syarikat itu menegaskan bahawa tiada istilah pintu belakang rahsia yang ‘baik’. Sebaliknya, ia adalah kelemahan berbahaya yang perlu dihapuskan.

“Memasukkan ‘kill switch’ ke dalam cip adalah sesuatu yang sangat berbeza: ia satu kelemahan kekal yang berada di luar kawalan pengguna, dan seolah-olah menjemput bencana. Ia ibarat membeli kereta tetapi pihak pengedar menyimpan alat kawalan jauh untuk brek.”

Menurut Nvidia, sistem yang boleh dipercayai tidak dibina dengan cara sedemikian, dan ia tidak akan berubah.

Berkaitan

  • Nvidia Dibenar Jual Cip AI H20 Ke China
  • CEO Nvidia Puji Model AI China 'Berkelas Dunia'
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Cip Nvidia Kembali Cetus Ketegangan China-AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY