Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Wajibkan Permit Eksport Untuk Cip AI Berprestasi Tinggi Dari AS

Trump Dijangka Umum Tarif Baharu Semikonduktor Seawal Minggu Depan

Diterbitkan Ogos 6, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dijangka mengumumkan tarif baharu ke atas semikonduktor dan cip seawal minggu hadapan.

“Kami akan mengumumkan mengenai semikonduktor dan cip, yang merupakan kategori berasingan, kerana kami mahu ia dihasilkan di Amerika Syarikat,” kata Trump dalam satu wawancara bersama CNBC.

Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat pada minggu depan atau sekitar waktu itu, namun tidak berkongsi sebarang butiran lanjut mengenai perancangannya.

Ketika ini, permintaan global terhadap semikonduktor dan cip mikro terus melonjak, seiring dengan peningkatan penggunaan teknologi tersebut dalam hampir semua sektor ekonomi, termasuk industri kecerdasan buatan (AI) yang sedang berkembang pesat.

Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia perlu bersedia menghadapi kemungkinan tarif tambahan dikenakan oleh AS terhadap industri semikonduktor.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Risiko Tarif, iPhone Buatan India Makin Meningkat
  • Trump Umum Pelarasan Tarif, Kadar Malaysia Turun Kepada 19%

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY