Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank Google Pay_

Mulai 27 Januari, Google Pay Kad Maybank Tak Perlu PIN Untuk Pembelian Lebih RM250

Diterbitkan Januari 6, 2026 ยท Dikemas kini Januari 6, 2026 oleh Amalina Athman

Maybank mengumumkan kemas kini proses transaksi tanpa sentuh untuk semua Kad Maybank yang digunakan bersama Google Pay, berkuat kuasa 27 Januari 2026.

Menerusi kemas kini ini, pengguna tidak lagi perlu memasukkan PIN kad untuk pembelian melebihi RM250.

Namun begitu, Maybank menetapkan had maksimum RM2,500 bagi setiap transaksi tanpa sentuh menggunakan Google Pay. Untuk sebarang transaksi yang melebihi amaun tersebut, pengguna masih perlu menggunakan kad fizikal seperti biasa.

Menurut Maybank, pemegang kad kredit boleh terus melakukan pelbagai transaksi tanpa sentuh sehingga had kad kredit masing-masing, dengan syarat setiap transaksi tidak melebihi RM2,500.

Bagi pengguna kad debit, setiap transaksi tanpa sentuh Google Pay turut dihadkan kepada RM2,500 dan tertakluk kepada had pembelian harian yang ditetapkan pengguna.

Untuk keselamatan tambahan, pemegang kad debit mempunyai pilihan menurunkan had transaksi Google Pay di bawah RM2,500 dengan melaraskan had pembelian kad debit melalui platform Maybank2u.

Berkaitan

  • Google Pay Kini Sokong Kad Maybank, Ini Cara Tambah Ke Dalam Peranti
  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi MAE
  • Maybank Hadkan Akses Maybank2u, MAE Pada Sistem Operasi Versi Lama - Ini Perlu Diketahui

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY