Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MAE featured

Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi MAE

Diterbitkan September 18, 2025 · Dikemas kini September 18, 2025 oleh Amalina Athman

Maybank memaklumkan bahawa tetapan semula kata laluan Maybank2u hanya boleh dilakukan melalui aplikasi MAE, berkuat kuasa 18 September 2025.

Menurut Maybank, perubahan ini hanya melibatkan pengguna Individu dan Pemilik Tunggal sahaja, manakala pengguna M2UBiz dan M2E tidak terjejas.

Dengan kemas kini ini, pengguna tidak lagi boleh menetapkan semula kata laluan Maybank2u melalui laman web Maybank2u. Sebaliknya, semua proses perlu dilakukan terus di aplikasi MAE menerusi Settings > Security > Change Password.

Bagi pengguna yang terlupa kata laluan Maybank2u, tetapan semula boleh dibuat di aplikasi MAE dengan menekan “Forgot Password” atau “Forgot Login Details” pada skrin log masuk. Seterusnya, pilih “Verify Using Secure2u” dan ikuti arahan yang dipaparkan.

Sementara itu, bagi pengguna yang tidak dapat log masuk kerana kehilangan peranti yang dipautkan dengan Secure2u, terlupa PIN MAE, gagal membuat pengesahan diri, atau tidak dapat mengikuti langkah di atas, tetapan PIN M2U sementara boleh dilakukan melalui ATM Maybank atau di cawangan Maybank terdekat.

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman FAQ Maybank.

Berkaitan

  • Maybank Kini Benarkan Tukar Had Pemindahan Dalam Aplikasi MAE, Ini Caranya
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Sejumlah Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Sementara Pada 20 September

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY