Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LOGO design

Maybank Hadkan Akses Maybank2u, MAE Pada Sistem Operasi Versi Lama – Ini Perlu Diketahui

Diterbitkan November 10, 2025 · Dikemas kini November 10, 2025 oleh Amalina Athman

Maybank memaklumkan bahawa akses ke laman web Maybank2u, aplikasi MAE, serta platform M2U Biz dan M2E (web dan aplikasi) akan dihadkan secara berperingkat bagi pelayar web serta sistem operasi (OS) peranti yang tidak disokong.

Menurut Maybank, versi pelayar web dan OS peranti yang lama tidak lagi menerima kemas kini keselamatan penting, menjadikannya terdedah kepada risiko seperti pencerobohan data, perisian hasad serta akses tanpa kebenaran.

Bagi memastikan pengalaman perbankan dalam talian kekal selamat dan lancar, Maybank menggalakkan semua pengguna untuk mengemas kini pelayar web serta OS kepada versi terbaharu yang disokong.

Maybank turut menjelaskan bahawa kemas kini ini akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan versi pelayar dan OS yang disenaraikan seperti di bawah.

Versi Pelayar Yang Akan Dihentikan Akses

Pengguna laman web Maybank2u, M2U Biz dan M2E tidak lagi boleh mengakses platform tersebut menggunakan versi pelayar lama berikut:

  • Opera: Versi 116 dan ke bawah
  • Microsoft Edge (Windows) :Versi 133 dan ke bawah
  • Chrome (Windows): Versi 133 dan ke bawah
  • Mozilla Firefox (Windows): Versi 134 dan ke bawah
  • Safari (Apple): Versi 17 dan ke bawah

Akses Aplikasi MAE, M2U Biz & M2E

Selain laman web, penggunaan aplikasi MAE, M2U dan M2E juga akan terkesan bagi peranti yang masih menjalankan sistem operasi versi lama. Akses akan dihentikan pada peranti dengan:

  • Android 9 dan Android 10
  • iOS 14 dan iOS 15 

Sementara itu, peranti dengan Android 11 dan Android 12 serta iOS 16 dan iOS 17 masih boleh mengakses aplikasi MAE, namun had transaksi harian yang lebih rendah mungkin akan dikenakan.

Untuk menikmati akses penuh seperti biasa, pengguna disarankan mengemas kini sistem operasi kepada versi terkini yang disokong, iaitu Android 13 / iOS 18 atau lebih baharu.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, layari laman rasmi Maybank.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi MAE
  • BIMB Mobile Naikkan Keperluan Minimum iOS, Android - Berkuat Kuasa 31 Disember
  • Kelulusan Secure2u Di MAE Kini Perlukan Pengesahan Biometrik
  • MAE Kini Ada 10.7 Juta Pengguna, Tawar Pulangan 5% p.a Sempena Ulang Tahun Ke-5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY