Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Trak hidrogen

Trak Berkuasa Hidrogen Ini Cipta Rekod Dunia Tempuh Perjalanan Hampir 3 Ribu Km Dengan Satu Isian

Diterbitkan Disember 31, 2024 · Dikemas kini Disember 31, 2024 oleh ariff bukhari

Jabatan Tenaga AS (DOE) melalui Pejabat Teknologi Hidrogen dan Sel Bahan Api (HFTO) meraikan pencapaian prototaip trak H2Rescue selepas mencatat rekod dunia baharu dengan perjalanan sejauh 1,806 batu (2,906 km) menggunakan satu isian hidrogen.

Trak ini, dibangunkan oleh Accelera dengan sokongan dana DOE dan agensi persekutuan lain, melengkapkan perjalanan di California dengan pemantauan ketat oleh badan Rekod Dunia Guinness.

Trak ini dikuasakan oleh enjin sel bahan api Cummins Accelera dan motor berkuasa 250 kilowatt, membawa 175 kilogram hidrogen dan hanya menggunakan 168 kilogram sepanjang perjalanannya.

Ia bergerak pada kelajuan 50-55 mph (80-88 km/j) dalam suhu 60-80°F (15.5-26 °celsius), tanpa mengeluarkan karbon dioksida (CO2).

Berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman biasa yang akan menghasilkan 664 paun (301.19 kg) CO2 untuk jarak yang sama, trak ini membuktikan keupayaannya sebagai penyelesaian kenderaan mesra alam.

H2Rescue, dengan berat sekitar 33,000 paun (~14,968 kg), mampu menggantikan penggunaan 1,825 gelen (6,908 liter) bahan api dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 2.5 metrik tan setiap tahun.

Trak ini direka untuk kegunaan respons kecemasan, ketenteraan, dan utiliti melalui kerjasama inovatif antara Accelera, HFTO, DOE, dan agensi persekutuan lain.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • China Lancar Prototaip Kereta Api Peluru Yang Mampu Capai Kelajuan 450 Km/jam
  • Generasi 'Bayi Beta' Bermula Tengah Malam Ini, Hidup Di Era AI Dan Automasi Sepenuhnya

Sumber: Department of Energy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY