China telah melancarkan prototaip kereta api laju generasi baharu yang dikatakan mampu mencapai kelajuan maksimum 450 km/j.
Tetapi untuk operasi komersil, kelajuan kereta api itu ditetapkan pada kelajuan 400 km/j.
Kereta api yang dikenali sebagai CR450 telah dilancarkan pada 29 Disember 2024, menjanjikan perjalanan yang lebih pantas, selamat, dan cekap tenaga, serta menandakan pencapaian penting dalam teknologi kereta api laju China.
Projek CR450 bermula pada 2018 dengan penyelidikan teori asas dan teknologi utama, diikuti oleh pelancaran projek inovasi teknologi pada 2021.
Pada 2024, pengeluaran prototaip bermula menggunakan teknik pembuatan pintar dan kawalan kualiti ketat.
Prototaip baharu itu yang hadir dalam 2 model, CR450AF dan CR450BF, menampilkan formasi 8 gerabak dengan 4 gerabak berkuasa dan 4 gerabak tidak berkuasa, menurut CRRC Corporation Limited (CRRC), pembuat kereta api terkemuka China.
CR450 menawarkan peningkatan kecekapan tenaga sebanyak 22%, pengurangan berat sebanyak 10%, dan bunyi kabin yang lebih rendah sebanyak 2 desibel.
Ruang perkhidmatan penumpang juga meningkat 4%, dengan ciri pintar untuk pemantauan keselamatan dan perkhidmatan penumpang yang ditingkatkan.
China telah membina rangkaian kereta api berkelajuan tinggi yang paling luas dan termaju di dunia dalam skala yang begitu pantas.
Sehingga kini, jumlah panjang landasan kereta api berkelajuan tinggi China yang beroperasi telah mencapai kira-kira 47,000 kilometer.
{suggest}
Sumber: Xinhua