Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TRACE: Teknologi AI Mastercard Yang Mampu Kesan Pengubahan Wang Haram

TRACE: Teknologi AI Mastercard Yang Mampu Kesan Pengubahan Wang Haram

Diterbitkan Februari 20, 2025 ยท Dikemas kini Februari 20, 2025 oleh Amsyar Latif

Mastercard telah memperkenalkan TRACE (Trace Financial Crime) di Asia Pasifik, satu sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengesan dan mencegah jenayah kewangan seperti pengubahan wang haram dan penipuan kewangan.

Dengan peningkatan Real-Time Payments (RTP) di rantau ini, transaksi kini boleh dilakukan dalam beberapa saat. Namun, kepantasan ini juga membuka ruang kepada aktiviti haram seperti pengaliran dana haram dan penggunaan akaun palsu (money mule).

TRACE menggunakan analisis data berskala besar dari pelbagai institusi kewangan bagi memberikan pandangan menyeluruh terhadap transaksi mencurigakan.

Pelancaran pertama TRACE di Asia Pasifik telah dilakukan di Filipina, dengan kerjasama BancNet dan 36 bank tempatan.

TRACE: Teknologi AI Mastercard Yang Mampu Kesan Pengubahan Wang Haram

Sistem ini membolehkan pihak bank mengesan dana yang tersebar, mengenal pasti akaun “money mule” dan mencegah jenayah kewangan dengan lebih cekap.

Ia juga membantu mereka mematuhi Undang-Undang Pencegahan Akaun Kewangan Palsu (AFASA).

TRACE sebelum ini hanya digunakan di United Kingdom sejak 2018 dan kini membantu 21 institusi kewangan, meliputi 90% rangkaian Faster Payments Service UK.

Ia telah mengenal pasti ribuan akaun “money mule” dan membantu mengesan ratusan akaun baharu setiap bulan.

Pelancaran TRACE di Asia Pasifik merupakan satu langkah penting dalam usaha memastikan transaksi kewangan lebih selamat dan memerangi jenayah kewangan secara lebih proaktif.

Berkaitan

  • Mastercard Lancar 'Pay Local', Pembayaran Kad Dengan Dompet Digital Di Asia
  • Gentari Dan Mastercard Umum Kerjasama Promosikan Penggunaan EV Di Rantau Asia
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Kad Debit Mastercard Bank Islam Ini Tawar Peluang Menang BMW Dan Emas

Sumber: Siaran media Mastercard

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY