Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bank islam

Kad Debit Mastercard Bank Islam Ini Tawar Peluang Menang BMW Dan Emas

Diterbitkan Februari 14, 2025 ยท Dikemas kini Februari 15, 2025 oleh Amsyar Latif

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) bersama Mastercard telah melancarkan Bank Islam Mastercard Debit Card-i, kad debit patuh Syariah yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan ganjaran eksklusif kepada pemegang kad.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, pelanggan yang memiliki Bank Islam Mastercard Debit Card-i dan akaun pelaburan Al-Awfar boleh menikmati 1% pulangan tunai untuk pembelian berkaitan kesihatan dan kesejahteraan sehingga 31 Ogos 2025.

Selain itu, mereka juga berpeluang memenangi hadiah menarik daripada Al-Awfar, termasuk wang tunai RM1 juta, kenderaan mewah seperti BMW 320i M Sport dan Honda HRV, motosikal Harley Davidson Road Glide Special, jongkong emas 1 kg, serta hadiah wang tunai lain melalui cabutan bertuah berkala.

Konsep Pelaburan Patuh Syariah

Al-Awfar bukan sekadar akaun pelaburan biasa. Berdasarkan konsep Mudarabah (perkongsian untung), ia memberi pulangan kepada pelanggan berdasarkan keuntungan daripada pelaburan bank, bukan faedah tetap, menjadikannya pilihan pelaburan yang lebih etika dan sejajar dengan prinsip Islam.

Sumbangan Kepada Masyarakat

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial, Bank Islam akan menyumbangkan RM2 kepada Sadaqa House bagi setiap kad yang dikeluarkan mulai 13 Februari 2025. Sadaqa House ialah platform sosial yang mengumpul dana dari sadaqah, waqf, dan zakat untuk menyokong pelbagai projek komuniti dalam ekosistem ekonomi Islam di Malaysia.

Keistimewaan Bank Islam Mastercard Debit Card-i

  • Pembayaran dalam talian dan tanpa sentuh
  • Jaminan keselamatan tinggi.
  • Diterima di lebih 100 juta lokasi di seluruh dunia.

Untuk meraikan pelancaran ini, pelanggan yang membuka akaun Al-Awfar, membuat deposit sekurang-kurangnya RM1,000, dan memohon Bank Islam Mastercard Debit Card-i akan menerima hadiah misteri.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Mastercard Lancar 'Pay Local', Pembayaran Kad Dengan Dompet Digital Di Asia
  • Bank Islam Lancar Aplikasi, Perbankan Internet Baharu - BIMB Mobile & BIMB Web

Sumber: Siaran media Bank Islam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY