Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mastercard Lancar ‘Pay Local’, Pembayaran Kad Dengan Dompet Digital Di Asia

Mastercard Lancar ‘Pay Local’, Pembayaran Kad Dengan Dompet Digital Di Asia

Diterbitkan November 21, 2024 oleh Rushsyafizal

Mastercard memperkenalkan Mastercard Pay Local, sebuah perkhidmatan global yang memudahkan pengguna melakukan pembayaran kad melalui dompet digital tempatan.

Langkah ini membolehkan pelancong antarabangsa dan penduduk tempatan membuat pembayaran tanpa perlu menambah nilai akaun prabayar.

Di Asia Pasifik, dompet digital seperti Touch ‘n Go (Malaysia), DANA (Indonesia), Bakong (Kemboja), dan LankaPay (Sri Lanka) kini menyokong Mastercard Pay Local, membolehkan pembayaran di lebih 35 juta pedagang. Perkhidmatan ini turut diperluaskan ke kawasan lain seperti Amerika Latin, Eropah Timur, Timur Tengah, dan Afrika.

Sandeep Malhotra, Naib Presiden Eksekutif Produk & Inovasi Asia Pasifik Mastercard, berkata,

Pay Local mencipta hubungan mudah, stabil, dan selamat antara pedagang dan pengguna kad, memudahkan perjalanan pelancong serta menawarkan pilihan pembayaran baharu kepada penduduk tempatan

Antara manfaat Mastercard Pay Local ialah membolehkan pembayaran di kedai kecil tanpa menerima kad tradisional untuk pengguna tempatan. Pelancong Antarabangsa pula dapat menikmati pembayaran tanpa tunai dengan kad Mastercard seperti di negara asal.

Usahawan MSME juga dapat meluaskan capaian pelanggan dengan pelaburan infrastruktur yang minimum yang dapat menarik pengguna baharu dan memudahkan integrasi kad.

Dengan sokongan ini, pelancong kini boleh menggunakan kad mereka dengan lancar di dompet digital serantau seperti GrabPay, Maya, dan TrueMoney, menjadikan pengalaman perjalanan lebih mudah dan tanpa kerumitan.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Stesen Pengecas 500kW Tesla Supercharger V4 Akan Dilancar Pada 2025
  • Kerajaan Teruskan Insentif Pembangunan Infrastruktur Pengecas EV – MITI
  • Instagram Bakal Perkenal Fungsi 'Reset' Algoritma Untuk Pengalaman Baharu
  • TECNO Perkenal PC Gaming Mini Dengan Ciri Penyejukan Air Terkecil Di Dunia

Sumber: Siaran media Mastercard

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY