Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFEELA 1

Sony Honda Mobility Demonstrasikan Ciri Antara Muka EV AFEELA

Diterbitkan Mac 7, 2025 · Dikemas kini Mac 7, 2025 oleh ariff bukhari

Pada tahun 2023 yang lalu, Sony dan Honda melalui kerjasama Sony Honda Mobility (SHM) telah pun mendedahkan kereta elektrik konsep  baharu yang panggil sebagai AFEELA.

CEO SHM, Yasuhide Mizuno sebelum ini telah memaklumkan bahawa EV itu akan memanfaatkan pengalaman Sony dengan AI, hiburan, realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) bagi menawarkan EV yang lebih unik.

Kini, SHM mendedahkan lebih banyak ciri antaramuka yang ditawarkan dalam EV tersebut.

Seperti yang ditunjukkan dalam video, papan pemuka AFEELA dilengkapi skrin yang memanjang yang memudahkan pemandu dan penumpang mengakses semua ciri yang tersedia.

SHM menyatakan, mereka mahu mencipta “Mobiliti sebagai Ruang Hiburan Kreatif”. Jadi, kabin AFEELA menawarkan pengalaman sepertimana menonton filem dan muzik hingga permainan menerusi panel skrin bermutu.

AFEELA UI
Sistem audio AFEELA dilengkapi teknologi Audio Spatial.
Sony Honda Mobility Demonstrasikan Ciri Antara Muka EV AFEELA

Terdapat 2 varian EV AFEELA ditawarkan. Bagi varian AFEELA 1 Origin, ia akan dijual pada harga bermula dari USD89,900 (~RM398,000).

Manakala AFEELA 1 Signature pula berharga USD102,900 (~RM455,000).

Pra tempahan AFEELA 1 sudah dibuka di laman rasmi AFEELA di mana pembeli dijangkakan akan menerima EV mereka ini pada tahun 2026 dan 2027.

Tapi buat masa ini mereka hanya terima tempahan dari wilayah California sahaja.

https://youtu.be/Z1wmULohc_0?si=hRAU3AkyxGy2hcXv

https://youtu.be/llt5pUixtnw?si=X3gP2K4W35W7Vnaj

Berkaitan

  • CES 2023: Sony Dan Honda Perlihatkan Konsep EV Afeela
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Pengguna Android Mula Terima 3 Ciri Keselamatan Dan Hiburan Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY