Toshiba Z770, Android TV 'Flagship' Tapi Harga Tak Premium

Terdapat pelbagai model televisyen dengan paparan 4K dalam pasaran. Lagi besar saiz skrin, sudah tentu harga pun boleh tahan. Bagi anda yang mahukan sebuah televisyen dengan saiz skrin 65 inci dan harga di bawah RM6,000, anda mungkin akan berminat dengan televisyen ini.

Toshiba TV Z770 adalah sebuah televisyen flagship dan dilengkapi dengan paparan beresolusi 4K UHD. Yang pastinya, televisyen yang direka di Jepun ini hadir dengan rekaan bezel-less dan lebih nipis, sejajar dengan tema keluaran Toshiba TV yang memberi fokus pada rekaan minimalis.

Skrin Besar, Warna Menawan




Kehadiran REGZA Engine 4K Pro membolehkan teknologi AI 4K Resolution+ dan juga AI Ultra Essential PQ Technology menghasilkan kualiti visual yang lebih jelas dan seakan realiti. Skrin televisyen ini juga mempunyai sokongan HDR 10+, IMAX Enhanced, Dolby Vision IQ dan gamut warna yang luas.

Lebih menarik, teknologi Quantum Dot Colour pada televisyen ini memastikan warna dipaparkan tampak realistik kerana ia menyokong lebih satu bilion warna. Dengan ekspresi warna yang jelas, butiran dipersembahkan juga dapat dilihat dengan nyata.

{suggest}

Toshiba TV Z770 turut memiliki beberapa mod gambar seperti Filmmaker Mode, Football, Sport dan beberapa pilihan yang lain. Kepada mereka yang mempunyai mata yang sensitif pada cahaya, jangan risau, anda boleh aktifkan Low Blue Light yang boleh mengurangkan cahaya biru dan merupakan salah satu ciri ditawarkan melalui teknologi iCare Blue.

Tak Perlu Susah Payah Beli Soundbar




Di dalam Toshiba TV Z770, terbina pembesar suara dengan sokongan REGZA Power Audio Pro+, Quad Passive Bazooka Bass Woofer dan juga Dolby Atmos. Anda tidak perlu soundbar kerana bunyi dari televisyen ini sudah cukup padu.

Kedudukan pembesar suara di bawah skrin pasti akan membuatkan pengalaman anda menonton rancangan kegemaran anda persis di dalam pawagam. Buat pengetahuan anda, pembesar suara berkedudukan front firing ini khas untuk model Z770 ini.

Pasang Apa Sahaja Aplikasi Dengan Mudah




Selain itu, Toshiba TV Z770 ini juga didatangi dengan Android TV. Mudah sahaja jika anda ingin menonton Netflix, Disney+ Hotstar dan memuat turun pelbagai aplikasi lain menerusi Google Play. Kemudahan lain yang seperti Chromecast juga ada. Chromecast memudahkan anda untuk menyiarkan skrin dari peranti seperti telefon pintar ke kaca skrin televisyen.

Sedap Buat Layan 'Game'


Anda pasti tidak akan kecewa menggunakan televisyen ini untuk gaming kerana ia menyokong kadar segar yang tinggi dengan Ultimate Motion 120Hz. Tidak lupa juga, ciri AMD Freesync Premium dan ALLM (auto low latency mode) membantu pengalaman gaming yang lancar. Justeru, ia sesuai bagi anda yang gemar bermain permainan PlayStation. Tambahan pula dengan sokongan audio teknologi Toshiba, pasti lebih syok!

Antara slot yang ada pada televisyen ini termasuklah HDMI 2.1 yang mana mampu memberikan gaming pada resolusi 4K@120fps, HDMI 2.0, USB 2.0, Digital Out, RF Output, bicu audio 3.5mm dan juga Ethernet. Memudahkan lagi penggunaan, ciri Far Field Voice membolehkan anda mengawal TV seperti menukar saluran, main muzik dan lain-lain hanya menggunakan suara.

Kesimpulan


Pendek cerita, Toshiba TV Z770 ini cukup menarik dari segi tanda harga dan juga ciri yang ditawarkan. Paparan resolusi 4K padanya memukau dan dentuman audio dikeluarkan berkualiti. Varian 65 inci sedikit banyak memberi feel menonton di dalam panggung wayang dan pengalaman gaming yang memuaskan hati.

Bagi yang tertanya-tanya, televisyen ini dijual secara rasmi pada tanda harga RM7699 tetapi ia kini menerima potongan harga di mana boleh didapati dengan hanya RM4899.
Anda boleh beli Toshiba Z770 di Shopee - https://invle.co/cld366p; Lazada - https://invol.co/cld366v