(Ulasan) OnePlus Nord 2T - Peranti "Mid Range" Yang Masih Relevan

OnePlus Nord 2T adalah kemasukan baharu dalam barisan siri Nord dan peranti ini telah dilancarkan pada pertengahan Julai, 2022. Dengan rekaan yang mesra dalam penggunaan satu tangan, peranti Nord 2T menawarkan pengalaman yang lebih estetik dan menarik.

  • Cip Pemprosesan – MediaTek Dimensity 1300 

  • Memori & Storan – RAM 8GB, storan 128GB  

  • Sistem Operasi – OxygenOS 12.1 berasaskan Android 12 

  • Bateri & Pengecas – 4,500mAh, pengecasan pantas 80W 

  • Jenis & Saiz Paparan – Paparan AMOLED 90Hz, 6.43 inci

  • Kamera Utama – 50MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP kedalaman

  • Kamera Swafoto – 32MP

  • Ciri Istimewa – NFC, butang mute (alert slider) terbina pada sisi, pembesar suara stereo, pengira langkah terbina di dalamnya.


Peranti Nord 2T ini dijual pada harga permulaan RM1,899 untuk variasi RAM 8GB dan storan 128GB dan RM2,099 untuk variasi RAM 12GB dan storan 256GB. Selain daripada spesifikasi yang ditawarkan OnePlus dalam senarai di atas, Nord 2T mempunyai banyak tarikan utama yang mungkin akan menambat hati anda untuk memilikinya.

OxygenOS


(Antara muka yang lebih ringkas, lancar dan tanpa "bloatware")

OxygenOS 12.1 pada kali ini sesungguhnya memang clean, lancar dan pantas. Dengan antara muka yang hampir sama dengan Android asliOxygenOS menawarkan pengalaman penggunaan sepadan dengan reputasinya sebagai sistem operasi yang lancar, cepat dan cekap.

Menariknya adalah Nord 2T ini datang kepada anda tanpa bloatware atau aplikasi yang telah dipra-pasang terlebih dahulu.



Berbeza dengan peranti lain yang ada di luar sana seperti OPPO atau vivo di mana sistem operasi peranti mereka sememangnya terkenal dengan aplikasi bloatware yang banyak.



Secara peribadi, saya lebih menyukai telefon pintar dengan aplikasi bloatware yang sikit atau lebih menarik lagi, tiada langsung seperti OnePlus Nord 2T ini. Hal ini demikian, saya lebih suka untuk tentukan sendiri aplikasi mana yang perlu dan mesti ada pada peranti saya ini.

Saya juga berpendapat pembaca-pembaca di luar sana juga mempunyai pilihan yang sama dengan saya berkenaan perkara ini. Oleh itu, Nord 2T ini sebuah peranti yang sangat sesuai untuk anda.

Fizikal Dan Dimensi


(Panel belakang yang "glossy" dalam saiz yang mesra penggunaan sebelah tangan)

OnePlus Nord 2T ini datang dalam dimensi yang 'sedap' (159.1 x 73.2 x 8.2) di mana saiz ini sangat mesra dan sesuai untuk penggunaan sebelah tangan.



Dalam gambar di atas, kita dapat melihat peranti ini berada dalam saiz yang sesuai dan selesa untuk penggunaan satu tangan. Tambahan lagi, saya seorang yang lebih suka dan banyak menggunakan telefon pintar dalam penggunaan sebelah tangan sahaja.

Dan saya juga berpendapat bahawa ramai pembaca di luar sana banyak menggunakan peranti dalam penggunaan sebelah tangan sahaja kerana lebih memudahkan dan senang. Tetapi sayang sekali kerana banyak peranti jenama lain lebih suka mengejar saiz yang lebih besar untuk peranti mereka hingga lupa akan elemen "kompak".



Tetapi OnePlus Nord 2T ini mempunyai panel belakang yang licau (glossy) di mana tekstur tersebut tampak begitu licin dan menjadi magnet kepada cap jari. Perkara ini begitu ketara dan jelas sekiranya anda seorang pengguna dengan tangan yang mudah berpeluh.

Walaupun begitu, perkara ini dapat diatasi melalui casing silikon yang dibekalkan bersama peranti ini. Hal ini demikian, OnePlus memberi anda casing silikon bertekstur matte yang selesa, benar-benar muat dan mampu menyelesaikan isu panel belakang peranti ini yang glossy.

Prestasi


(Cip kelas pertengahan yang cemerlang)

Antara kelebihan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1300 bersama antara muka OxygenOS ini adalah anda dapat mencapai satu prestasi yang lebih baik berbanding pendahulunya tanpa risau kenaikan suhu yang melampau terutamanya ketika bermain permainan mudah alih.



Berdasarkan pengujian peranti ini dalam memainkan game COD: Mobile selama 30 minit secara berterusan, saya dapat melihat peranti ini memang menghadapi kenaikan suhu.



Walau bagaimanapun, kenaikan tersebut kekal pada suhu sekitar purata 39°C sahaja walaupun saya bermain secara berterusan. 2 perkara yang saya sedar adalah peranti ini mencatatkan kenaikan suhu yang tidak terlalu ekstrem ketika bermain game dan suhu tersebut kekal pada paras yang dicatatkan tadi tanpa menjadi lebih panas lagi.

Namun, saya percaya berkemungkinan besar anda tidak dapat nilai suhu seperti saya atau mungkin akan berbeza dengan saya atas faktor suhu persekitaran, cara penggunaan dan lain-lain.

Pengecas dan bateri


(Pengecas yang pantas)

OnePlus Nord 2T dibekalkan pengecas SuperVOOC berkapasiti 80W dan bateri bersaiz 4500mAh. Saya telah menguji OnePlus Nord 2T dengan mengecas baterinya pada paras 23%.



Menariknya, peranti ini telah dicas dengan cekap hingga paras 97% hanya dalam masa 20 minit sahaja. Saya memang menjangkakan pengecasnya dapat mengecas peranti ini dengan cepat tetapi keputusan yang saya dapat tetap membuatkan saya terkejut.

Oleh itu, kita boleh jangkakan peranti ini sememangnya berkemampuan untuk dicas sepenuhnya dalam masa sekitar setengah jam sahaja jika anda mula mengecas pada ketika peratusan bateri diparas 20% atau ke bawah.

Dalam prestasi jangka masa penggunaan, ia berbeza mengikut cara penggunaan anda. Secara ringkasnya, anda akan mendapat waktu penggunaan sekitar 4 ke 5 jam dalam penggunaan tugasan ringan seperti bermain sosial media, melayari internet, menonton YouTube dan lain-lain.

Sementara itu, anda akan dapat waktu penggunaan yang lebih pendek daripada yang dinyatakan tadi jika anda melakukan tugasan berat seperti bermain permainan mudah alihWalau bagaimanapun, ingin saya katakan setiap waktu penggunaan berbeza mengikut faktor tetapan kadar segar semula paparan peranti ini dan kecerahannya.

Paparan skrin 90Hz


(Better lah daripada tiada)

OnePlus Nord 2T memberi anda pilihan antara tetapan biasa 60Hz dan yang tinggi 90Hz. Tetapan 90Hz memberi saya pengalaman yang lebih lancar dan smooth berbanding yang biasa.



Secara keseluruhan, peranti ini tetap memberi saya satu paparan yang baik dan berdaya saing dengan peranti lain dalam kelas dan segmen harganya.

Kapsyen: Kekal pada 90Hz walaupun dalam keadaan statik


Tetapi satu perkara yang saya harapkan tetapi tidak kesampaian adalah pilihan kadar segar semula 120Hz dalam peranti OnePlus ini.

Seandainya ciri tersebut ada dalam peranti OnePlus nanti, sudah tentu OnePlus mampu memberi lebih satu persaingan yang lebih sengit lagi dengan jenama-jenama lain.

Tambahan lagi, semakin banyak peranti yang ada dipasaran ketika ini yang telah mula menerapkan ciri kadar segar semula 120Hz sebagai ciri utama.

Kamera


(Prestasi siang yang lebih baik daripada malam)

OnePlus secara keseluruhan memberi prestasi kamera yang puas hati, berbaloi dan menjalankan kerjanya seperti yang ditugaskanlah. Kamera malam peranti ini pada dasarnya mampu menaikkan kecerahan sesuatu kawasan itu, tetapi dalam beberapa situasi hasil gambar yang dihasilkan mempunyai hingar (noise) yang agak banyak.



Tetapi saya tidak menyatakan peranti ini mempunyai prestasi kamera malam yang tidak baik dek kerana masih ada juga hasil gambar yang dihasilkan tidak mempunyai noise yang terlalu ketara.





Saya harap OnePlus boleh menambahbaik perkara ini kerana ia agak tidak dijangkakan untuk sebuah peranti yang berharga hampir RM2,000 tetapi mempunyai prestasi kamera malam yang kurang menyerlah seperti yang diharapkan.



Walau bagaimanapun, telefon ini tetap cemerlang dalam menghasilkan gambar pada waktu siang terutamanya gambar-gambar hijau dan alam semulajadi.





Prestasi kamera peranti ini sesuai untuk mereka yang masih amatur dan tidak memerlukan hasil gambar yang lebih berkualiti, jelas dan cantik seperti taraf-taraf flagship. Walaupun begitu, OnePlus Nord 2T masih lagi memberikan prestasi kamera yang baik melalui kamera ketika diwaktu siang.

Kesimpulan


(Peranti mid-range yang masih berdaya saing)

Selain perkara-perkara yang telah saya sebut di atas, OnePlus Nord 2T juga turut mempunyai beberapa ciri unik yang sememangnya berguna dalam membantu pengalaman penggunaan anda terhadap peranti ini.



OnePlus Nord 2T telah menyediakan ciri pengira langkah yang tersedia padanya. Secara tidak langsung, anda dapat menyemak dan mengira langkah yang telah anda capai dalam satu-satu masa. Menariknya, OnePlus Nord 2T dapat mengira langkah anda tanpa memerlukan sambungan dengan peranti lain.



Di samping itu, OnePlus Nord 2T mempunyai satu butang khas (alert slider) yang didedikasi untuk suara media peranti ini. Anda boleh menetapkan peranti anda dalam mod biasa, getaran atau senyap hanya melalui butang fizikal ini sahaja.

Saya faham jika ada dikalangan anda yang merasakan perkara ini agak remeh dan tidak diperlukan. Tetapi percayalah, ia sangat membantu dan memudahkan kerja dan urusan harian anda.

Saya sangat mengesyorkan peranti ini kepada anda sekiranya anda mencari sebuah peranti dengan pengalaman penggunaan yang clean, mirip seperti Android asli dan berada dalam saiz yang sangat selesa dalam penggunaan satu tangan.

Tambahan lagi, peranti ini juga sangat memudahkan urusan anda dek kehadiran pengecasnya yang pantas dalam segmen harganya. Jika anda sependapat dengan apa yang saya katakan itu dan duit bukanlah satu halangan, anda patut mempertimbangkan peranti ini sebagai peranti anda yang seterusnya.

Beli jika:

  • Anda mencari sebuah peranti dengan antara muka yang menghampiri android asli.

  • Anda mencari peranti dengan pengalaman penggunaan OxygenOS yang lancar, 'bersih' dan pantas.

  • Anda mencari peranti yang bukan setakat menyediakan pengecas sahaja tetapi pengecas yang betul-betul pantas.


Jangan beli jika:

  • Anda tidak menggemari OxygenOS yang baharu.

  • Anda mencari sebuah peranti dengan saiz yang lebih besar.

  • Anda mempunyai bajet lebih daripada RM1,900.


Beli di:

Shopee - https://invle.co/clcu6ot

Lazada - https://invol.co/clcu6p3