Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNG eWallet SOS Balance

TNG eWallet Perkenal SOS Balance, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Diterbitkan Januari 22, 2025 ยท Dikemas kini Januari 22, 2025 oleh Amalina Athman

Touch ‘n Go (TNG) eWallet kini memperkenalkan ciri baharu SOS Balance, bertujuan untuk memastikan pengguna tidak menghadapi masalah akibat baki eWallet tidak mencukupi, dengan menampung pembayaran buat sementara waktu.

Menurut TNG, buat masa ini ciri SOS Balance hanya tersedia untuk pembayaran tol, dengan lebih banyak perkhidmatan akan ditambah tidak lama lagi.

Macam mana nak aktifkan SOS Balance?

SOS Balance diaktifkan secara automatik untuk pengguna setia TNG eWallet – tidak perlu daftar. Bagi meningkatkan peluang kelayakan, pastikan kerap tambah nilai eWallet serta aktif menggunakan eWallet untuk transaksi.

Semak kelayakan

Pengguna boleh menyemak kelayakan melalui aplikasi TNG eWallet. Terdapat ikon “kereta” di bahagian atas skrin utama eWallet.

Atau alternatif lain, pergi ke “Home” dan di bawah My Favorites, pilih More > SOS Balance. “Ready to Use” bermakna layak, manakala paparan “Unavailable” menunjukkan pengguna tidak layak.

TNG eWallet Perkenal SOS Balance, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Bagaimana SOS Balance berfungsi di plaza tol?

SOS Balance berfungsi di plaza tol terpilih yang menyokong Touch ‘n Go RFID atau PayDirect. Ciri ini diaktifkan secara automatik apabila baki eWallet anda rendah, memastikan pembayaran tol yang lancar.

Lokasi tol mana yang sokong ciri SOS Balance?

Berikut merupakan lokasi tol yang menyokong ciri SOS Balance setakat ini, dengan lokasi baru akan ditambah dari semasa ke semasa.

list tol sokong SOS Balance

Macam mana nak selesaikan baki tertunggak SOS Balance?

Pengguna hanya perlu tambah nilai eWallet dalam tempoh 24 jam dan baki SOS Balance yang tertunggak akan ditolak secara automatik – tiada caj yang dikenakan.

Sebagai alternatif, pengguna boleh tekan makluman pembayaran tertunda, ikon “SOS Balance” atau ikon “kereta” di skrin utama eWallet dan akan dibawakan ke halaman yang memaparkan baki tertunggak.

Apa jadi kalau tak selesaikan baki tertunggak SOS Balance dalam tempoh 24 jam?

Jika tidak menyelesaikan baki tertunggak SOS Balance dalam tempoh 24 jam, ciri ini akan digantung. SOS Balance, bersama dengan ciri pembayaran eWallet, tidak akan dapat digunakan sehingga jumlah tertunggak dibayar sepenuhnya.

Apabila tambah nilai eWallet, jumlah tertunggak akan ditolak secara automatik. Setelah bayaran selesai dijelaskan, ciri SOS Balance akan kembali semula.

Kalau baki tertunggak SOS Balance salah/terlebih potong macam mana?

Jika bayaran dipotong secara salah daripada baki TNG eWallet, hubungi Careline TNG di talian +603-2714 8888 untuk siasatan lanjut. Untuk memohon pulangan wang, pengguna diminta mengemukakan borang eCustomer.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • 'Sound Box' TnG Kini lebih Kecil Dan Mudah Dibawa
  • TNG eWallet Akan Wajibkan Pengesahan eKYC Mulai 20 Disember
  • HUAWEI Watch GT 5 Edisi Emas Kini Di Pasaran, Sokong Ciri Pembayaran QR TNG

Sumber: FAQ TNG eWallet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY