Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI WATCH GT 5 gold

HUAWEI Watch GT 5 Edisi Emas Kini Di Pasaran, Sokong Ciri Pembayaran QR TNG

Diterbitkan Januari 15, 2025 · Dikemas kini Januari 15, 2025 oleh ariff bukhari

HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan HUAWEI Watch GT 5 Edisi Emas di pasaran tempatan.

Untuk meraikan pelancaran itu, HUAWEI kini menawarkan promosi eksklusif masa terhad di mana anda boleh menikmati diskaun RM300 untuk Tali Emas Milan HUAWEI WATCH GT 5 41mm (RRP: RM1,299) mulai sekarang sehingga 15 Februari 2025.

HUAWEI WATCH GT 5 41mm Gold Milanese Strap
HUAWEI WATCH GT 5 41mm Gold Milanese Strap.

Selain itu, HUAWEI Malaysia turut memaklumkan bahawa anda kini boleh membuat pembayaran menggunakan ciri TNG eWallet QR Pay dengan jam tangan pintar HUAWEI.

Ciri TNG eWallet QR Pay kini disokong pada jam tangan pintar HUAWEI terkini, yang serasi termasuklah HUAWEI WATCH GT 4, HUAWEI WATCH GT 5 Series, HUAWEI WATCH FIT 3, HUAWEI WATCH Ultimate dan HUAWEI WATCH D2.

IMAGE 2 (2)
Buat pembayaran TNG eWallet QR Pay dengan jam pintar HUAWEI.

Siri HUAWEI WATCH GT 5 kini tersedia dalam pilihan saiz 41mm dan 46mm. Bagi WATCH GT 5 Pro, harganya bermula dari RM1399 dengan saiz 46mm dan 42mm.

Sementara HUAWEI WATCH Ultimate (Green Edition) juga boleh didapati untuk tempahan pada harga RM3,799.

Siri HUAWEI WATCH GT 5 boleh dibeli secara atas talian di laman web rasmi HUAWEI, Shopee, dan Lazada.

Berkaitan

  • Huawei WATCH GT 5, GT 5 Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1099
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • iPhone 18 Dijangka Guna Sensor Kamera Samsung

Sumber: Siaran media Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY