Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNG eWallet Akan Wajibkan Pengesahan eKYC Mulai 20 Disember

TNG eWallet Akan Wajibkan Pengesahan eKYC Mulai 20 Disember

Diterbitkan November 20, 2024 · Dikemas kini November 20, 2024 oleh Amalina Athman

Semua pengguna TNG eWallet diwajibkan membuat pengesahan akaun eKYC (electronic Know-Your-Customer), berkuat kuasa 20 Disember 2024.

Menurut TNG Digital, pengesahan akaun ini merupakan keperluan pengawalseliaan selaras dengan garis panduan Bank Negara Malaysia mengenai Anti Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan pembiayaan Keganasan (AML/CFT).

Dengan melengkapkan proses eKYC, ia juga memberikan pelbagai kelebihan, termasuk saiz dompet yang dipertingkatkan, TapSecure (pengesahan satu sentuhan untuk transaksi lebih selamat), keupayaan pemindahan dana serta perlindungan melalui polisi Jaminan Wang Dikembalikan.

Pada masa ini, pengguna tanpa pengesahan eKYC hanya mempunyai akses terhad kepada baki eWallet yang rendah serta ciri asas pembayaran dan tol termasuk tambah nilai kad NFC dan RFID.

Dengan pelaksanaan penuh eKYC pada 20 Disember, semua pengguna baharu diwajibkan melengkapkan pengesahan eKYC untuk menggunakan TNG eWallet.

Bagi pengguna sedia ada yang belum melengkapkan eKYC, akses akan dihadkan secara berperingkat. Pengguna akan berdepan dengan had penggunaan yang semakin ketat sehingga akaun TNG eWallet disahkan sepenuhnya. Jika pengesahan tidak dilakukan, pengguna akan kehilangan akses sepenuhnya kepada eWallet tersebut.

Cara buat pengesahan akaun TNG eWallet

Bagi pengguna TNG eWallet yang belum membuat pengesahan akaun, ikut langkah di bawah untuk melengkapkan proses eKYC.

  1. Pergi ke ikon “Profile” di halaman utama aplikasi (Penjuru kanan).
  2. Klik pada “Not Verified” di sebelah gambar profil.
  3. Klik “Verify Account”.
  4. Pilih jenis ID – MyKad atau MyTentera untuk warganegara Malaysia, pasport bagi penduduk tetap atau warganegara lain.
  5. Ambil gambar depan ID.
  6. Ambil swafoto anda.
  7. Sahkan butiran akaun anda : Nama, Nombor ID, Tarikh Lahir.
TNG eWallet Akan Wajibkan Pengesahan eKYC Mulai 20 Disember
TNG eWallet Akan Wajibkan Pengesahan eKYC Mulai 20 Disember
TNG eWallet Akan Wajibkan Pengesahan eKYC Mulai 20 Disember

Selesai. Pengesahan akaun akan berlaku serta merta atau sehingga 3 hari bekerja.

Berkaitan

  • TNG eWallet Visa Tawar Pulangan Tunai 2% Untuk Transaksi Di Luar Negara
  • My50 Akan Tersedia Dalam Aplikasi TnG eWallet
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • 'Sound Box' TnG Kini lebih Kecil Dan Mudah Dibawa

Sumber: TNG Digital (1, 2, 3)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY