Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tarif elektrik

TNB, SGCC Jalin Kerjasama Perkukuh Pembangunan Grid Kuasa

Diterbitkan Oktober 27, 2025 · Dikemas kini Oktober 27, 2025 oleh Amalina Athman

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan State Grid Corporation of China (SGCC) melalui anak syarikat milik penuhnya China Electric Power Equipment and Technology Co Ltd (CET).

Menurut TNB, kerjasama ini bertujuan memperkukuh pembangunan teknologi grid kuasa dan rangkaian pembahagian, selain menyokong pemodenan grid di Malaysia. Ia juga selari dengan usaha mempertingkatkan keterhubungan tenaga serantau di bawah visi ASEAN.

MoU tersebut merangkumi tiga bidang utama iaitu perancangan dan integrasi sistem kuasa, rangkaian pintar dan berdaya tahan serta penyelesaian digital dan kecerdasan buatan (AI).

Melalui kerjasama ini, TNB dan SGCC CET akan menubuhkan jawatankuasa kerja bersama bagi memantau kemajuan projek. Antara tumpuan termasuk sesi pembangunan kapasiti, laporan kajian teknikal dan sokongan reka bentuk awal bagi projek rintis seperti rekaan rangkaian arus terus pembahagian voltan sederhana/rendah serta rangka kerja AI agentik untuk operasi grid.

TNB akan menyediakan data teknikal yang diperlukan, manakala CET akan berkongsi teknologi, piawaian serta pengalaman dalam pengurusan projek berdasarkan operasi global SGCC.

MoU ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam kerjasama tenaga antara Malaysia dan China, selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan visi ASEAN Power Grid (APG) untuk keterhubungan tenaga serantau.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • TNB Bukit Selambau Solar (TBSS), Ladang Solar Terbesar Di Malaysia
  • TNB Dan Petronas Bersama Percepatkan Pembangunan Grid Tenaga ASEAN
  • AS, Malaysia Tandatangani Perjanjian Perdagangan Baharu Fokus Mineral Kritikal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY