Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Bukit Selambau Solar (TBSS), Ladang Solar Terbesar Di Malaysia

TNB Bukit Selambau Solar (TBSS), Ladang Solar Terbesar Di Malaysia

Diterbitkan September 8, 2025 · Dikemas kini September 8, 2025 oleh ariff bukhari

Kerajaan semakin giat membangunkan tenaga boleh diperbaharui, dan ladang solar kini menjadi antara sumber utama dalam usaha mencapai sasaran neutral  karbon menjelang 2050.

Dengan kedudukan geografi tropika yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun, Malaysia mempunyai potensi besar dalam sektor tenaga solar.

Setakat 2025 ini, Malaysia sudah mempunyai beberapa 5 ladang solar atau Solar Berskala Besar (LSS) bagi menyokong aspirasi negara neutral karbon yang diusahakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Untuk bahagian pertama ini, kita kenali LSS yang terbesar di Malaysia ketika ini yang terletak di negeri Kedah Darul Aman.

TNB Bukit Selambau Solar (TBSS)

Ladang solar pertama adalah TNB Bukit Selambau Solar (TBSS) yang terletak di Bukit Selambau, Kedah.

Projek Solar Berskala Besar Fotovolta (LSSPV) 30MWac di Bukit Selambau ini mencatatkan kejayaan apabila mula beroperasi secara rasmi pada 8 September 2020, iaitu 114 hari lebih awal daripada tarikh sasaran asal pada 31 Disember 2020.

Projek ini dikendalikan oleh TNEC yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan (O&M) loji tersebut yang berkeluasan 124 ekar.

TBSS ditetapkan untuk beroperasi selama 21 tahun atau secara tepatnya, tarikh akhir ia beroperasi telah ditetapkan pada 8 September 2041.

Dengan kapasiti 30MWac, LSS Bukit Selambau mampu membekalkan tenaga hijau yang signifikan untuk menyokong agenda negara menuju neutraliti karbon menjelang 2050.

TNB Bukit Selambau Solar (TBSS), Ladang Solar Terbesar Di Malaysia
TNB Bukit Selambau Solar (TBSS). Kredit: TNB

TNB Bukit Selambau Solar 2 (TBSS2)

Projek ladang solar kedua berkuasa 50MWac juga terletak di Bukit Selambau, Kedah. Dibangunkan oleh TNB Renewables Sdn Bhd, ladang solar seluas 180 ekar ini berkapasiti 50MW

TNB Bukit Selambau Solar 2 (TBSS2) ialah sebahagian daripada program Solar Berskala Besar  (LSS4) yang diterajui Suruhanjaya Tenaga Malaysia untuk meningkatkan pengeluaran tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

Ia menggunakan sejumlah 131,490 panel bi-facial monocrystalline (570W–575W), disokong oleh 8 inverter, 223 combiner box, dan 4,870 string. Sekali gus menjadikannya antara ladang solar moden dengan teknologi terkini di Malaysia.

Elektrik yang dijana dari TBSS2 ini pula disalurkan ke grid melalui kabel udara sepanjang 1.6 km ke PMU Bukit Selambau.

Ladang solar bukit selambau
TNB Bukit Selambau Solar 2 (TBSS2). Kredit: TNB

Dengan kapasiti 50MWac, projek ini dijangka menyumbang bekalan tenaga boleh diperbaharui yang signifikan kepada grid nasional.

Ladang solar Bukit Selambau telah menjana kira-kira 150,000 MWh atau 3.7 peratus lebih tinggi daripada Jumlah Tahunan yang Diumumka di mana jumlah tenaga yang dihasilkan di sini mampu memenuhi keperluan penggunaan tenaga harian untuk kira-kira 30,000 buah rumah.

Malah selain menjana tenaga, TBSS2 juga dijangka mengurangkan pelepasan karbon sebanyak ±60,000 tan CO₂ setahun, bersamaan dengan penyingkiran lebih 13,000 kereta dari jalan raya.

TNB Bukit Selambau Solar (TBSS), Ladang Solar Terbesar Di Malaysia
TNB Bukit Selambau Solar 2 (TBSS2). Kredit: TNB

TNB Bukit Selambau Solar 2 (TBSS2) yang sudah pun memulakan operasinya pada 21 Disember 2023 lalu dijangka mampu beroperasi selama 25 tahun dengan tarikh penamatannya ditetapkan pada 21 Disember 2048.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.1
  • Jurutera Bunyi Dah Buat Kerja, Sepatutnya Tak Perlu Ubah EQ

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY