Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Nxera TNB Agreement_Jan 2026 new

TNB Akan Bekalkan 280MW Tenaga Untuk Kampus Pusat Data TM Nxera Di Johor

Diterbitkan Januari 23, 2026 · Dikemas kini Januari 23, 2026 oleh Amalina Athman

TM Nxera, usahasama (joint venture) antara Telekom Malaysia (TM) dan Nxera milik Singtel, telah menandatangani perjanjian bekalan elektrik dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menyokong pembangunan pusat data baharu di Iskandar Puteri, Johor.

Menerusi perjanjian ini, TNB akan membekalkan 280MW tenaga untuk kampus pusat data TM Nxera, yang dijadualkan memulakan operasi komersial fasa pertama pada 2026.

TX Nxera_Data centre

Kampus pusat data baharu bertaraf Tier 3 dan berasaskan perkhidmatan awan ini direka untuk menyokong beban kerja kecerdasan buatan (AI) berskala besar, dengan kapasiti boleh ditingkatkan melebihi 200MW.

Ia juga menggunakan teknologi penyejukan cecair canggih bagi meningkatkan kecekapan operasi, serta direka mengikut piawaian Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED) untuk penggunaan tenaga dan air yang lebih efisien.

Akses rangkaian kampus pusat data ini akan disokong oleh infrastruktur kabel dasar laut TM dan Digital InfraCo Singtel Group, bagi memastikan capaian global yang stabil dan prestasi rangkaian dengan kependaman (latency) rendah.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Google Akan Peroleh Bekalan Tenaga Daripada Ladang Solar Di Kedah
  • TotalEnergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Projek Solar Di Kedah Untuk Pusat Data Google
  • Solarvest, Malakoff Akan Bekal Tenaga Dari Projek Solar 470MW Di Perak Kepada TNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY