Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SOLARVEST_ (1)

Solarvest, Malakoff Akan Bekal Tenaga Dari Projek Solar 470MW Di Perak Kepada TNB

Diterbitkan Disember 19, 2025 ยท Dikemas kini Disember 19, 2025 oleh Amalina Athman

Solarvest hari ini mengumumkan konsortiumnya bersama Malakoff Corporation Berhad melalui Malakoff Silver Solar Sdn Bhd (MSSSB) telah memeterai Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama 21 tahun dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi pembangunan ladang solar fotovoltan berskala besar berkapasiti 470 MWac di bawah program LSS PETRA 5+.

Di bawah perjanjian PPA tersebut, MSSSB akan bertanggungjawab mereka bentuk, membina, memiliki, mengendalikan dan menyelenggara kemudahan fotovoltan solar yang terletak di Windsor Estate, Larut dan Matang, Perak.

Projek ini dijangka mula beroperasi secara komersial pada suku pertama 2028, dengan ladang solar tersebut akan menjana dan membekalkan tenaga solar ke grid nasional bagi tempoh 21 tahun.

MSSB merupakan syarikat projek yang dimiliki bersama oleh Solarvest dan Malakoff, masing-masing dengan pegangan saham sebanyak 20% dan 80%.

Projek ini juga selari dengan agenda tenaga boleh baharu Malaysia serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak dalam menyokong peralihan tenaga bersih, kelestarian jangka panjang dan daya tahan tenaga negara.

Sehingga kini, Solarvest telah membangunkan dan mengumpulkan portfolio tenaga boleh baharu melebihi 3,200MW, merangkumi projek yang sedang berjalan serta telah siap dilaksanakan.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Google Akan Peroleh Bekalan Tenaga Daripada Ladang Solar Di Kedah
  • TotalEnergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Projek Solar Di Kedah Untuk Pusat Data Google
  • Gantikan NEM, Inisiatif Solar ATAP Akan Dilaksanakan Bermula 1 Januari 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY