Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TotalEnergies solar malaysia

TotalEnergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Projek Solar Di Kedah Untuk Pusat Data Google

Diterbitkan Disember 16, 2025 ยท Dikemas kini Disember 17, 2025 oleh Amalina Athman

TotalEnergies dan Google telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama 21 tahun untuk membekalkan Google dengan jumlah 1 TWh tenaga boleh diperbaharui (bersamaan kapasiti 20 MW), daripada ladang solar Citra Energies di Kedah.

Menurut kenyataan syarikat, projek ini telah dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia kepada TotalEnergies (49%) dan MK Land (51%) pada Ogos 2023, sebagai sebahagian daripada Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) Malaysia.

Ladang solar ini dijadualkan memulakan pembinaan pada awal 2026 dan akan menyokong operasi pusat data Google di Malaysia.

Sementara itu, perjanjian ini akan berkuat kuasa selepas pembiayaan projek dimuktamadkan, yang dijangka pada suku pertama 2026.

Selain TotalEnergies, Google turut menandatangani PPA dengan SM01 Sdn Bhd, syarikat projek di bawah konsortium Shizen Malaysia, Solarvest dan HSS, bagi mendapatkan bekalan tenaga daripada projek solar berkapasiti 29.99 MW di Gurun, Kedah yang dijangka mula beroperasi pada 2027.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Projek Solar Baharu Bernilai RM142.3 juta Dibangunkan Di Kedah
  • Pakar Malaysia Kini Antara Pelatih Pekerja Kilang Bateri EV Di Perancis
  • Google Akan Peroleh Bekalan Tenaga Daripada Ladang Solar Di Kedah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY