Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-27T111653.101

Mod 120 FPS PUBG MOBILE, Ini Senarai Telefon Yang Sokong

Diterbitkan Mei 27, 2024 · Dikemas kini Mei 27, 2024 oleh Muhd Idham

Bermula 28 Mei 2024, para pemain PUBG MOBILE boleh mula dapatkan kelengkapan dalam permainan baharu bersempena dengan kolaborasi bersama siri ROG Phone 8 daripada Republic of Gamers (ROG).

Antara yang tersedia adalah terdiri daripada karakter Horsem4n yang diinspirasikan daripada ROG SAGA dan senapang patah double barrel, ROG Revolution – DBS.

Senarai telefon yang sokong mod 120FPS

Selain kolaborasi ini, PUBG MOBILE juga telah mula melancarkan mod baharu dalam kemas kini 3.2 untuk tingkatkan prestasi permainan iaitu mod 120FPS.

Namun begitu, tidak banyak peranti yang menyokongnya lagi. Buat masa sekarang, berikut adalah senarai peranti yang hadir dengan sokongan 120 FPS:

  • Samsung Galaxy S23
  • Samsung Galaxy S23 Plus
  • Samsung Galaxy S23 Ultra
  • Samsung Galaxy S24
  • Samsung Galaxy S24 Plus
  • Samsung Galaxy S24 Ultra
  • Samsung Galaxy Z Fold5
  • POCO F6 Pro
  • Nubia Z50
  • Nubia Z60 Ultra
  • RedMagic 9
  • OnePlus 12
  • OnePlus 11
  • Xiaomi 13
  • Infinix GT 20 Pro
  • iPad Pro 2018 dan ke atas
  • iPhone 15 Pro/Pro Max
  • iPhone 14 Pro/Pro Max
  • iPhone 13 Pro/Pro Max

Cara tetapan

Anda hanya perlu pergi ke bahagian tetapan ‘Graphics & Audio’, pilih tetapan kadar bingkai ‘Ultra Extreme‘ dan selaraskannya hingga 120FPS.

Screenshot_20240527_112016_PUBG MOBILE
Tangkap layar daripada Samsung S23 Ultra

Peringatan untuk anda juga, semua telefon yang tersenarai di atas adalah telefon pintar yang telah dicuba uji dengan mod terbaru ini dan mampu menjalankannya tanpa sebarang masalah.

Jangan risau sekiranya peranti anda tidak tersenarai, anda boleh cuba kemas kini terlebih dahulu dan pergi ke tetapan untuk melihat sama ada telefon anda menyokong 120 FPS atau tidak.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • (Ulasan) HUAWEI MateBook X Pro - Hanya Untuk Yang 'Layak' Sahaja
  • TODAK Legion, Juara Liga MAL MY Musim Pertama
  • 2K Dilapor Sedang Bangunkan Permainan Bola Sepak Untuk FIFA
  • Kereta SSC X PUBG MOBILE Kini Tersedia Dalam Permainan

Sumber: Siaran Media PUBG MOBILE Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY