Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kampus Di Cyberjaya Kini Jadi Ibu Pejabat Baharu TM

TM Global Kembangkan Pusat Data Di Cyberjaya Dan Johor 

Diterbitkan November 13, 2024 oleh ariff bukhari

TM Global, cabang perniagaan borong Telekom Malaysia, akan memperluaskan Pusat Data Lembah Klang (KVDC) di Cyberjaya dan Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) di Johor untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan hosting data domestik dan antarabangsa.

TM dalam satu kenyataan berkata, langkah ini adalah sebahagian daripada pelan strategik TM untuk mengukuhkan ekosistem infrastrukturnya dan menjadikan Malaysia sebagai hab digital pilihan di Asia Tenggara, selaras dengan aspirasi TM untuk menjadi Kuasa Digital menjelang 2030.

Perluasan pusat data TM ini akan menyediakan asas bagi perkhidmatan digital seperti awan, analitik lanjutan, kecerdasan buatan, dan Internet Pelbagai Benda (IoT).

Khairul Liza Ibrahim, EVP TM Global

Khairul Liza Ibrahim, Naib Presiden Eksekutif TM Global, menyatakan bahawa KVDC dan IPDC adalah infrastruktur penting dalam ekosistem digital Malaysia, berfungsi sebagai pintu masuk antarabangsa dan titik hubung untuk menyokong rangkaian 5G.

Tambahan pula, lesen Operator Berasaskan Kemudahan di Singapura yang baru diperolehi TM membolehkan mereka menyediakan sambungan pusat data-ke-pusat data yang lancar dan selamat, menghubungkan pusat data di Thailand, Malaysia, Singapura, dan Batam, Indonesia.

TM Global menawarkan perkhidmatan berasaskan platform yang menyeluruh seperti Pengkomputeran Multi-Edge dan Penyampaian Kandungan untuk meningkatkan prestasi hosting data, memberikan rangkaian yang kukuh dan dipercayai kepada pelanggan, termasuk pembawa, perusahaan, dan penyedia aplikasi AI generasi akan datang.

Fasa kedua KVDC dan IPDC dijadualkan beroperasi pada tahun 2025.

Berkaitan

  • Projek Pusat Data Amazon Sedang Dibangunkan Di Cyberjaya
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • MyDigital ID Kini Diintegrasi Dalam Tiga Platform Ini

Sumber: Telekom Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY