Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Projek Pusat Data Amazon Sedang Dibangunkan Di Cyberjaya

Projek Pusat Data Amazon Sedang Dibangunkan Di Cyberjaya

Diterbitkan Ogos 21, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 21, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan maklumat terkini yang dikongsi di forum Lowyat.NET, pusat data pertama Amazon di Malaysia, Amazon Web Services (AWS) akan dibina di Persiaran APEC, Cyberjaya.

Amazon sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan pusat data sebagai sebahagian daripada pengembangan AWS di Malaysia.

Ini merupakan langkah penting dalam usaha syarikat tersebut untuk memperluaskan perkhidmatan awan mereka di negara ini.

Daripada papan tanda maklumat projek itu, ia merangkumi pembinaan pusat data, pejabat, bangunan lain yang berkaitan, dan kemudahan penting lain yang diperlukan untuk operasi pusat data tersebut.

Projek Pusat Data Amazon Sedang Dibangunkan Di Cyberjaya
Projek pusat data AWS ini akan diselia oleh Majlis Perbandaran Sepang. Selain itu, beberapa syarikat lain turut terlibat dalam projek ini termasuk Asima Architects Sdn Bhd, Sunway Construction Sdn Bhd, Landarc Associates Sdn Bhd, dan Arup Jururunding Sdn Bhd.

Walau bagaimanapun, tarikh projek memulakan dan menyiapkan pembinaan pusat data ini belum lagi diumumkan.

Sumber: Lowyat.NET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Didakwa Guna Teknologi Video Mereka Secara Percuma, Nokia Saman Amazon
  • Amazon Diminta Jelaskan Isu Data Pengguna, Bakal Disaman Jika Didapati Bersalah
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY