Dua hari lepas kita telah melihat tentang kemunculan pelan prabayar baru, disebut sebagai pengganti pelan tanpa had yang dihentikan pendaftaran pelanggan baru pada 13 Januari.
Sebelumnya, rangkaian Webe dijenamakan semula dibawah nama Unifi Mobile dan berdasarkan perkhabaran terbaru, perkhidmatan P1 WiMAX bakal dihentikan bagi memberi ruang naik taraf rangkain LTE (Unifi Mobile) terbabit.
Satu emel pemberitahuan telah dihantar TM kepada pelanggan P1 WiMAX, dimana perkhidmatan itu akan ditamatkan tidak lama lagi dan dalam masa yang sama menyarankan pelanggan beralih kepada servis Unifi ataupun Broadband (dahulunya dikenali sebagai Streamyx).

Pada 2014, TM mula melabur didalam Packet One Networks (P1) dan kini pegangan syarikat sudah mencecah 72.9%. Sejurus selepas itu Packet One Networks Sdn Bhd dijenamakan semula sebagai Webe yang mengetengahkan rangkaian LTE, tetapi rangkaian WiMAX masih diteruskan sehingga ke hari ini.
Sumber: Malaysian Wireless
Berkaitan
- Maxis Tambah Data 10GB Kepada Pelan MaxisONE
- Inilah Kos Untuk Menghasilkan Samsung Galaxy S8
- Digi Home Fibre Mula Ditawarkan Pada Beberapa Kawasan Di Selangor
- Instagram Simpan Gambar Dan Mesej Yang Dipadam Lebih Dari Setahun
- Xiaomi Buka Mi Store Yang Beroperasi 24 Jam
- realme C12 Rasmi Diumumkan, Helio G35 Dan Bateri 6000mAh
- Huawei Mate 30 Akan Dilancarkan Tanpa Perisian Serta Perkhidmatan Google
- Xiaomi Perkenal Powerbank Dengan Kapasiti 30,000mAh
- Integral Lancar Kad MikroSD Dengan Kapasiti 512GB
- Sony Akan Tamatkan Pengeluaran PS Vita Pada Tahun Hadapan