Perubahan Nama Rangkaian Daripada Webe Kepada Unifi Akan Bermula 16 September Ini

Sejak diambil alih oleh TM, Packet One Networks (Malaysia) atau lebih dikenali sebagai P1 telah dijenamakan menjadi Webe, pembekal perkhidmatan mudah alih digital.

Menjadi sebutan ramai kerana menawarkan pelbagai pakej-pakej menarik dengan harga yang berpatutan, dan terbaru syarikat itu mengumumkan perubahan nama rangkaian yang tertera di telefon pintar, daripada Webe kepada Unifi.

Perubahan ini dijadualkan berlaku pada 16 September bersamaan dengan tarikh hari Malaysia. Ia hanya mengubah nama rangkaian di skrin telefon sahaja dan pengguna tidak perlu khuatir kerana ia tidak melibatkan sebarang bil langganan dan pakej yang dilanggan kekal sama.

Kapsyen: Foto kredit: Amanz.my


Sumber: Webe via Amanz.my