Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TIME Tidak Punya Kebenaran Pasang Tiang, Menteri Komen Akan Kaji Perkara Berkenaan

TIME Tidak Punya Kebenaran Pasang Tiang, Menteri Komen Akan Kaji Perkara Berkenaan

Diterbitkan Oktober 8, 2018 oleh Helmi Samsuri

Penawaran internet dalam negara sudah menampakkan perubahan, selari dengan saranan kerajaan yang mahukan sambungan internet berkelajuan tinggi pada harga yang rendah.

Kita boleh lihat pakej-pakej baru mula diperkenalkan syarikat pengendali rangkaian.

Menyusuli kenyataan media dari SKMM, TIME turut mengeluarkan kenyataan berkenaan pakej baru yang ditawarkan.

Dalam kenyataan tersebut, TIME juga menyebut faktor mengapa mereka tidak menawarkan perkhidmatan dikawasan perumahan teres. Menurut TIME, pihak mereka tidak mempunyai kebenaran untuk menanam tiang dan atau mendapatkan akses kepada tiang-tiang sedia ada.

Berikutan itu, timbul persoalan dalam kalangan orang ramai berkenaan isu tersebut.

Diruangan komen Facebook pada kenyataan media Menteri Komunikasi yang dikeluarkan hari ini, salah seorang pengguna telah bertanyakan soalan tentang perkhidmatan TIME untuk kawasan perumahan teres.

Nampaknya perkara terbabit telah mendapat perhatian Y.B Gobind Singh Deo dimana beliau secara ringkas menjawab “We will review that as well sir.”

 

Screen Shot 2018-10-08 at 7.09.47 PM

Perkhidmatan TIME ketika ini hanya ditawarkan kawasan kediaman bangunan tinggi seperti kondominium dan apartment. Dengan pengenalan kelajuan internet yang dilihat lebih berbaloi dilanggan, sudah semestinya ia mengecewakan pengguna yang mendiami landed house.

Diharap kajian yang akan dilakukan dapat membuahkan hasil positif seterusnya memberi ruang kepada pengguna untuk memilih servis mana yang sesuai untuk mereka.

Sumber: Facebook Gobind Singh Deo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
©2026 WISER.MY