Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Time internet haze free speed boost

Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026

Diterbitkan Oktober 12, 2026 · Dikemas kini Oktober 12, 2026 oleh Amalina Athman

Time Internet kini menawarkan peningkatan kelajuan internet secara percuma kepada pengguna yang layak sehingga 31 Oktober 2026.

Di bawah tawaran ini, kelajuan pelan 200Mbps akan ditingkatkan kepada 300Mbps, manakala pelanggan pelan 600Mbps akan menikmati kelajuan sehingga 800Mbps.

Time memaklumkan tawaran ini diperkenalkan bagi membantu pelanggan yang lebih banyak menghabiskan masa di rumah ketika jerebu, termasuk pengguna yang bekerja dari rumah, belajar atau menstrim kandungan.

Time internet haze free speed boost 2026_01

Pengguna yang layak tidak perlu mengambil sebarang tindakan, dengan peningkatan kelajuan diberikan secara automatik. Selepas 31 Oktober 2026, kelajuan internet akan kembali kepada kelajuan asal mengikut pelan langganan masing-masing.

Menurut Time, ujian kelajuan internet boleh dijalankan untuk menyemak sama ada peningkatan telah diberikan. Bagaimanapun, kelajuan sebenar yang diterima mungkin berbeza bergantung pada peranti, peralatan rangkaian, keadaan rangkaian dan persekitaran penggunaan.

Berkaitan

  • Time Home Internet Lancar Pelan Tanpa Kontrak - Bermula RM139/Bulan Untuk 600Mbps
  • Sokongan Aplikasi Time Di Huawei AppGallery Dihentikan Bermula 25 April
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY