Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Headphone (1)_3

TIME Iktiraf Nothing Headphone (1) Antara Inovasi Terbaik 2025

Diterbitkan Oktober 14, 2025 · Dikemas kini Oktober 14, 2025 oleh ariff bukhari

Majalah antarabangsa berpengaruh, TIME telah menyenaraikan Nothing Headphone (1) antara produk yang diiktiraf sebagai Inovasi Terbaik 2025.

TIME dalam ulasannya berkata, fon kepala premium biasanya diperbuat daripada plastik ringan dengan warna neutral.

Namun jenama British Nothing memilih untuk menentang arus dengan model Headphone (1)  yang menampilkan reka bentuk telus berbentuk segi empat dan komponen logam bergaya industri.

Nothing Headphone (1) 2
Reka bentuk petak kembalikan era retro dengan menggabungkan teknologi audio terkini.

TIME menyifatkan, fon kepala yang dibangunkan bersama firma audio terkenal KEF ini menawarkan kualiti bunyi luar biasa yang seimbang antara kejelasan dan kekuatan bass.

Pengasas bersama dan CEO, Carl Pei, menggambarkan falsafah reka bentuk mereka sebagai “kejuruteraan retrofuturistik yang disatukan dengan kehangatan manusia.”

Nothing Headphone (1) 1
Pasukan reka bentuk Nothing memastikan setiap butang kawalan dapat dikenali hanya melalui sentuhan, menonjolkan perhatian mereka terhadap butiran ergonomik.

Beliau menjelaskan bahawa pelanggan Nothing kebanyakannya terdiri daripada golongan muda dan kreatif yang menghargai keaslian serta identiti jenama yang berbeza.

Menurut Pei, matlamat Nothing bukanlah untuk disukai semua orang, tetapi untuk membina komuniti peminat yang benar-benar menghargai dan memahami nilai estetik serta inovasi yang dibawa jenama tersebut.

Beli Nothing Headphone (1) dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmtf4a
  • Lazada – https://invl.me/clmtf4c

Berkaitan

  • Nothing Headphone (1) Kini Di Malaysia, Harga RM1,099
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Nothing Lancar CMF Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY