Tim Cook: Produk Apple Akan Datang Akan “Blow You Away”

Blow lah sangat...


Bloomberg melaporkan, Tim Cook ketika bercakap kepada para pelabur Apple di mesyuarat agung tahunan syarikat di Cupertino, California menyatakan bahawa, produk-produk Apple akan datang yang akan diperkenalkan dalam masa beberapa tahun ini bakal menggemparkan para pelabur Apple.

Tim Cook berkata, beliau sangat optimistik tentang hala tuju Apple Inc menerusi usaha mereka yang dari awal merancang untuk keluaran produk-produk akan datang.

Beliau mengulangi, produk iPhone Apple adalah masih di atas landasan yang betul di mana ia dijangkakan akan memberikan pulangan sehingga 2 kali ganda pada tahun 2020 nanti.

Malah beliau turut menyatakan bahawa, mereka menyasarkan untuk menurunkan harga komputer riba Macbook Air yang dilengkapi dengan skrin yang lebih beresolusi tinggi.

Beliau juga berkata, terdapat perancangan jangka panjang yang sangat menarik dan hebat untuk produk Apple Watch dan AirPods.

Untuk pengetahuan anda, sepanjang tahun 2018 lalu, Apple Inc. telah berjaya memperoleh sebanyak 18 syarikat dan kini masih terdapat beberapa lagi syarikat yang dalam proses pengambil alihan.

Pengambil alihan syarikat-syarikat tersebut mungkin ada kena mengena dengan pembangunan produk-produk masa depan mereka.

Pada tahun ini, Apple Inc dijangka akan memperkenalkan beberapa model terbaru untuk barisan produk mereka seperti AirPods 2, Macbook Pro 16″ (masih khabar angin), iPhone 2019 serta komputer meja Mac Pro versi terbaru.

Itu adalah antara beberapa yang dijangkakan bakal diperkenalkan pada tahun ini. Tapi adakah ia akan “meniup anda jauh-jauh”?

Rasanya, duit pembeli yang akan ditiup melayang jauh-jauh nanti.