Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Shop with Super Grand Opening

TikTok Shop Xiaomi Malaysia Dilancar, Diskaun Sehingga 72%

Diterbitkan Disember 15, 2025 oleh ariff bukhari

Xiaomi Malaysia bakal membawa pengalaman membeli-belah dalam talian  baharu dengan pelancaran rasmi TikTok Shop melalui acara Super Grand Opening dari 16 hingga 18 Disember 2025.

Menerusi TikTok Shop, pengguna akan dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif, lancar dan berbaloi, dengan promosi eksklusif, tawaran pembukaan serta sesi livestream khas meliputi telefon pintar, tablet dan produk rumah pintar.

TikTok Shop with Super Grand Opening (1)

Sepanjang tiga hari itu pengguna boleh menikmati pelbagai tawaran menarik merangkumi kategori produk Xiaomi, termasuk jualan kilat secara langsung, baucar platform dan sesi interaktif.

Dengan populariti membeli-belah secara livestream yang semakin meningkat, sesi TikTok Xiaomi menawarkan demonstrasi masa nyata, nasihat pakar dan tawaran terhad yang hanya tersedia ketika siaran langsung.

Jadual sesi TikTok Shop Xiaomi Malaysia berlangsung adalah dari 2PM–5PM untuk produk AIoT dan 7PM–12AM untuk telefon pintar serta tablet.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Harga Telefon Pintar Dijangka Naik Tahun Depan - Xiaomi
  • Telefon Pintar Mungkin Kembali Ke Era Memori 4GB RAM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Facebook Perkenal 'Your Algorithm' - Pengguna Kini Boleh Sesuaikan Cadangan Kandungan Feed, Reels
  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
©2026 WISER.MY