Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar Mungkin Kembali Ke Era Memori 4GB RAM

Telefon Pintar Mungkin Kembali Ke Era Memori 4GB RAM

Diterbitkan Disember 15, 2025 · Dikemas kini Disember 15, 2025 oleh ariff bukhari

Industri telefon pintar kini berdepan krisis besar akibat kekurangan cip DRAM yang semakin meruncing.

Situasi ini dijangka akan memaksa pengeluar untuk mempertimbangkan langkah kebelakang dengan memperkenalkan semula peranti berkapasiti 4GB RAM, sesuatu yang dianggap ketinggalan zaman berbanding standard semasa.

Peralihan kepada 16GB RAM bagi model flagship juga tergendala akibat daripada harga memori yang melambung tinggi yang dijangka akan menambah beban terhadap pengguna.

Semakan di laman DRAMeXchange oleh TrendForce menunjukkan trend harga memori yang semakin meningkat kesan daripada permintaan tinggi terhadap infrastruktur AI.

Telefon Pintar Mungkin Kembali Ke Era Memori 4GB RAM

Jadi, bagi mengurangkan tekanan, pengeluar sedang menilai untuk membawa kembali slot microSD, membolehkan pengguna menambah storan secara fleksibel.

TrenForce menjangkakan, peranti flagship dijangka menyesuaikan strategi harga dan promosi, manakala segmen pertengahan hingga rendah mungkin terpaksa membalikkan kenaikan harga atau mempercepatkan penamatan model lama (EOL).

Langkah ini dilihat sebagai kompromi sementara, namun ia jelas menunjukkan industri bergerak ke belakang sekitar 3–4 tahun dari segi spesifikasi.

Fenomena ini turut mencetuskan perbezaan struktur dan harga dalam pasaran komputer riba.

Secara keseluruhan, TrendForce melihat pasaran mudah alih kini berdepan titik kritikal yang boleh mengubah arah inovasi dan strategi pemasaran global.

Berkaitan

  • Harga Storan Dijangka Naik 2x Ganda - CEO Phison
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Harga Telefon Pintar Dijangka Naik Tahun Depan - Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY