Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok SHop_a

TikTok Shop Naikkan Yuran Komisen Dan Transaksi Bermula 5 September

Diterbitkan Ogos 23, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 23, 2024 oleh Amalina Athman

TikTok Shop kini mengumumkan kenaikan Yuran Komisen dan Yuran Transaksi, berkuat kuasa pada 5 September 2024.

Bermula tarikh yang sama, Yuran Komisen akan berbeza untuk penjual Mall dan penjual Pasaran. Yuran Komisen Mall hanya terpakai kepada penjual Mall, manakala Yuran Komisen Pasaran hanya terpakai kepada penjual Pasaran.

komisen transaksi tiktok shop_

Kadar Yuran Komisen Pasaran dan Yuran Komisen Mall termasuk cukai masing-masing akan dicaj sehingga 10.8% dan 14.58%. Sementara Yuran Transaksi dinaikkan kepada 3.78% (termasuk 8% SST), berbanding 2.16% (termasuk 6% SST) ketika ini.

Menurut TikTok Shop, kenaikan Yuran Komisen dan Transaksi akan membantu platform tersebut untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada komuniti di Malaysia.

Serentak dengan pelarasan yuran tersebut, TikTok Shop juga akan mengalih keluar Yuran Perkhidmatan dalam Program Yuran Penghantaran (SFP) 5% bagi membolehkan semua penjual (kecuali penjual yang menggunakan Sellers Own Fleet) di platform itu menawarkan Penghantaran Percuma Harian kepada pelanggan.

Untuk butiran lanjut, layari halaman Yuran Komisen dan Yuran Transaksi TikTok Shop.

Berkaitan

  • MCMC Tak Berhasrat Untuk Sekat Tiktok Shop Di Malaysia
  • Pesanan Produk Di Tab TikTok Shop Tidak Lagi Dikecualikan Yuran Komisen Pasaran
  • Pengguna TikTok Shop Boleh 'Return' Produk Jika Ubah Fikiran Mulai 7 Julai
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: TikTok Shop

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY