Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok SHop_a

Pengguna TikTok Shop Boleh ‘Return’ Produk Jika Ubah Fikiran Mulai 7 Julai

Diterbitkan Jun 7, 2024 · Dikemas kini Jun 7, 2024 oleh Amalina Athman

Berkuat kuasa 7 Julai 2024, semua pengguna TikTok Shop boleh memulangkan produk disebabkan perubahan fikiran.

Berkaitan

  • Pesanan Produk Di Tab TikTok Shop Tidak Lagi Dikecualikan Yuran Komisen Pasaran
  • Pengguna Shopee Kelak Boleh 'Return' Barang Jika Ubah Fikiran
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Untuk lebih jelas, TikTok Shop Mall sudah sedia menawarkan ciri pemulangan produk atas sebab “Change of mind” atau ubah fikiran. Kini, ia diperluaskan kepada kedai yang bukan sebahagian daripada TikTok Shop Mall. 

Pengguna boleh memilih “No Longer Needed” atau “Tidak Lagi Diperlukan” sebagai pilihan pemulangan dalam tempoh 6 hari kalendar selepas penghantaran pesanan.

Walau bagaimanapun, produk yang layak perlu dipulangkan dalam keadaan yang baik dan memenuhi syarat tertentu, atau sebaliknya penjual berhak untuk menolak pemulangan barangan.

Permintaan pemulangan juga akan dibatalkan secara automatik jika pengguna tidak menghantar produk dalam tempoh 5 hari kalendar selepas kelulusan.

TikTok No Longer Needed_2

Selain itu, terdapat beberapa kategori produk yang tidak boleh dipulangkan disebabkan ubah fikiran.

TikTok No Longer Needed

Perlu diketahui, senarai ini tidak menyeluruh dan mungkin berbeza dari semasa ke semasa mengikut budi bicara TikTok – boleh dirujuk pada Halaman Butiran Produk yang berkaitan.

Di pihak penjual, pemulangan ini tidak menjejaskan metrik prestasi kedai dan tidak menyebabkan sebarang penguatkuasaan daripada TikTok. Penjual juga tidak akan menanggung caj penghantaran penyerahan dan penghantaran pemulangan.

Sumber: TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY