Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Shop_3

MCMC Tak Berhasrat Untuk Sekat Tiktok Shop Di Malaysia

Diterbitkan Disember 4, 2023 ยท Dikemas kini Disember 4, 2023 oleh Amal Addin

Dalam tempoh sebulan akan datang, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan satu struktur yang membolehkan pendaftaran semua penyelia platform media sosial dengan badan itu bagi mempermudahkan pemantauan platform-platform tersebut di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menyatakan bahawa MCMC memerlukan waktu untuk menyiapkan kerangka tersebut, termasuk menggabungkan pengalaman dari luar serta perbincangan yang telah diadakan dengan penyedia platform media sosial sebelum ini.

Salah satu tindakan yang akan mereka lakukan dalam waktu terdekat adalah memperakukan pendaftaran semua platform media sosial dengan MCMC, tambah Fahmi Fadzil.

Beliau juga menegaskan kembali pendiriannya sebelum ini yang menyatakan bahawa kerajaan tidak berniat untuk menghalang atau menutup mana-mana platform media sosial, termasuk aplikasi TikTok.

MCMC Tak Berhasrat Untuk Sekat Tiktok Shop Di Malaysia

Sebaliknya mereka ingin mengorak langkah untuk mengendalikan penyebaran maklumat yang mengandungi fitnah di platform-platform tersebut.

Namun, beliau menegaskan bahawa kerajaan akan bertindak jika terdapat pihak atau platform yang membenarkan penyebaran kenyataan bersifat ekstremis dalam skala yang luas di platform mereka.

Seperti di Indonesia, mereka tidak berniat untuk mengharamkan atau menutup TikTok, tetapi mereka mengawalnya dengan teliti. Mengenai TikTok Shop, mereka ingin mengehadkan lambakan produk-produk dari luar negara di Indonesia.

Di Malaysia, ia lebih terikat kepada bidang kementerian lain, namun mereka akan berkomunikasi dengan beberapa kementerian untuk mengkoordinasikan langkah-langkah setelah mereka mendapat maklumat yang diperlukan, ujar Fahmi Fadzil.

Berkaitan

  • Elak Muat Turun Aplikasi "Pink WhatsApp" - MCMC
  • MCMC Pantau Penyebaran Kandungan Hina Institusi Diraja
  • MCMC Respon Terhadap Tindakan Sekatan Ke Atas TV Pertiwi
  • MCMC Keluarkan Notis Kepada 4 Syarikat Telekomunikasi
  • Akibat Vandalisme, Sebuah Lagi Menara Komunikasi Rosak

Sumber: bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY